Isnin, 8 Januari 2024 | 12:14pm
Skuad senior Tanzania yang layak beraksi kali ketiga pada pusingan akhir Piala Negara-Negara Afrika di Ivory Coast. – Foto AGENSI
Skuad senior Tanzania yang layak beraksi kali ketiga pada pusingan akhir Piala Negara-Negara Afrika di Ivory Coast. – Foto AGENSI

Tanzania senarai empat pemain liga amatur England

ABIDJAN: Empat pemain dari liga amatur di England disenaraikan dalam skuad 27 pemain Tanzania bagi pusingan akhir Piala Negara-negara Afrika di Ivory Coast.

Tanzania tidak membuat pengumuman rasmi mengenai skuad mereka namun ia dikeluarkan oleh Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF), seminggu menjelang sepak mula kejohanan itu.

Haji Mnoga, beraksi secara pinjaman di Aldershot dari kelab Portsmouth dan bekas pemain B-17 antarabangsa England, dinamakan di samping Tarryn Allarakhia dari Wealdstone, juga dalam Liga Nasional.

Allarakhia, 26, sebelum ini beraksi dengan kelab Liga Dua, Crawley Town.

Pemain kelahiran Somalia, Mohammed Sagaf beraksi di Boreham Wood manakala pemain berusia 21 tahun Ben Starkie, yang meraih dua cap bersama Tanzania pada aksi persahabatan Mac lalu, tampil bersama Ilkeston Town dari Northern Premier League Premier Division, dengan dwipendaftaran bersama Alfreton Town dalam National League North.

Turut dinamakan oleh jurulatih Adel Amrouche pemain berusia 20 tahun kelahiran Belanda, Miano van den Bos dari Villena dalam liga divisyen enam Sepanyol dan penjaga gol Kwesi Kawawa, yang beraksi di divisyen empat Sweden bersama Karlslund.

Tanzania, yang bertanding hanya kali ketiga pada Piala Negara-Negara, berada dalam Kumpulan F bersama Maghribi, Zambia dan DR Congo. – REUTERS

SKUAD TANZANIA

Penjaga gol: Beno Kakolanya (Singida Fountain Gate), Kwesi Kawawa (Karlslund), Aishi Manula (Simba).

Pertahanan: Abdi Banda (Richards Bay), Ibrahim Hamad (Young Africans), Mohamed Hussein (Simba), Dickson Job (Young Africans), Haji Mnoga (Aldershot Town), Lusajo Mwaikenda (Azam), Bakari Mwamnyeto (Young Africans), Novatus Miroshi (Shaktar Donetsk), Miano van den Bos (Villena), Abdulmalik Zakaria (Namungo).

Tengah: Morice Abraham (Spartak Subotica), Tarryn Allarakhia (Wealdstone), Sospeter Bajana (Azam), Kibu Denis (Simba), Himid Mao (Tala'ea El Geish), Mohammed Sagaf (Boreham Wood), Feisal Salum (Azam), Mudathiri Yahya (Young Africans), Mzamiru Yassin (Simba).

Serangan: Cyprian Kachwele (Vancouver Whitecaps), Charles M'mombwa (Macarthur), Simon Msuva (JS Kabylie), Mbwana Samatta (PAOK Salonika), Ben Starkie (Ilkestown Town).

Berita Harian X