Sabtu, 6 Januari 2024 | 8:34am
Cristiano Ronaldo bersama anugerah Kaki Emas yang dimenangi pada tahun 2020. - Foto AGENSI
Cristiano Ronaldo bersama anugerah Kaki Emas yang dimenangi pada tahun 2020. - Foto AGENSI
Lionel Messi mengumpul lapan gelaran Ballon d’Or tetapi masih belum pernah memenangi anugerah Kaki Emas. - Foto AGENSI
Lionel Messi mengumpul lapan gelaran Ballon d’Or tetapi masih belum pernah memenangi anugerah Kaki Emas. - Foto AGENSI

Messi hanya kurang satu anugerah

MIAMI: Lionel Messi mencipta rekod dengan lapan gelaran Ballon d'Or sepanjang kariernya, tetapi satu anugerah masih belum diraih legenda Argentina itu.

Pemenang Piala Dunia dan empat kali Liga Juara-Juara Eropah itu masih belum pernah memenangi anugerah Kaki Emas.

Anugerah yang diperkenalkan pada tahun 2003 itu adalah bagi meraikan pemain-pemain berusia 28 tahun ke atas yang masih beraksi.

Messi sentiasa terlepas daripada gelaran itu walaupun layak memenanginya sepanjang tujuh edisi lalu.

Penjaga gol yang memenangi Piala Dunia, Gianluigi Buffon dan Iker Casillas memenangi anugerah berkenaan pada tahun 2016 dan 2017, manakala penyerang Edinson Cavani dinobatkan pemenang pada tahun berikutnya.

Bintang Real Madrid, Luka Modric memenangi edisi 2019, setahun selepas memenangi Ballon d'Or buat pertama kali.

Seteru utama Messi, Cristiano Ronaldo yang mengumpul lima gelaran Ballon d'Or, menewaskannya untuk anugerah Kaki Emas pada tahun 2020, dengan Mohamed Salah dan Robert Lewandowski memenangi dua edisi terakhir.

Messi dijangka akan memenangi anugerah akan datang memandangkan dia juga adalah pemenang Ballon d'Or.

Pemain 36 tahun itu membantu Paris Saint-Germain menjuarai Ligue 1 pada musim terakhirnya bersama kelab Perancis itu, sebelum berpindah ke kelab Major League Soccer, Inter Miami. - AGENSI

Berita Harian X