Selasa, 2 Januari 2024 | 8:26am
Sepakan penalti pertama penyerang Liverpool, Mohamed Salah (kiri) yang tepat menuju ke arah penjaga gol Newcastle United, Martin Dubravka pada babak pertama aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool awal pagi tadi. – Foto AFP

Tukar but bawa tuah buat Salah

LIVERPOOL, England: Mohamed Salah mendedahkan dia menukar but ketika rehat sekali gus menyumbat dua gol pada babak kedua untuk membantu Liverpool melonjak tiga mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang 4-2 ke atas Newcastle.

Bintang Mesir itu, yang bermain aksi terakhirnya sebelum berlepas untuk mewakili negaranya pada Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), kecewa selepas sepakan penaltinya pada babak pertama diselamatkan penjaga gol lawan Martin Dubravka.

Semua enam gol di Anfield hadir pada babak kedua ketika Salah membuka tirai jaringan dengan tampanan mudah bagi gol ke-150 buatnya bersama The Reds dalam EPL.

Dia kemudian memainkan peranannya mengumpan gol buat Curtis Jones dan Cody Gakpo ketika anak buah Jurgen Klopp bermaharajalela di gelanggang sendiri.

Salah kemudian mengambil tanggungjawab sekali lagi menerusi sepakan penalti untuk memastikan kemenangan empat minit sebelum tamat.

Penjaga gol Newcastle United, Martin Dubravka meraikan bersama rakan sepasukan selepas menyelamatkan tendangan penalti penyerang Liverpool, Mohamed Salah pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool awal pagi tadi. – Foto REUTERS

"But yang saya gunakan ketika gagal menyempurnakan penalti itu saya pakai ketika latihan semalam. Ia bukannya khurafat, kerana saya bermain dengan banyak but, tetapi apabila saya berasa ia akan menjejaskan fikiran saya, saya tanggalkan dan guna but lain.

"Saya tidak suka hadir pada babak kedua memikirkan 'saya tidak menjaringkan gol dengannya'. Hanya tukar, bertenang dan fokus terhadap permainan saya."

Salah juga menyatakan terfikir meninggalkan kelab bagi AFCON dan gagal menjaringkan gol menguatkan semangatnya pada babak kedua.

"Pemain bercakap ketika rehat. Kami perlu kekal tenang, bermain dengan cara kami, kami terlepas banyak peluang, saya terlepas penalti. Saya fikir 'adakah anda akan meninggalkan kelab untuk pasukan kebangsaan dengan persembahan sebegitu?" tanya Salah.

"Saya hanya perlu benar-benar fokus, bangkit serta mencetus perubahan dan berjaya melakukannya."

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah menampan masuk gol pertama ketika menentang Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah menampan masuk gol pertama ketika menentang Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Salah kini mungkin terlepas empat aksi Liverpool dalam EPL selepas ini termasuk perlawanan genting dengan Arsenal di tempat lawan bulan depan, bergantung sejauh mana The Pharaohs mara di Ivory Coast.

Namun dia menyokong penggantinya untuk mengekalkan cabaran Liverpol memburu kejuaraan sekembalinya nanti selepas tugasan antarabangsa.

"Tanpa saya, saya yakin mereka boleh memenangi perlawanan. Kami mempunyai pemain yang fantastik, memiliki kualiti yang benar-benar bagus.

"Sesiapa saja boleh beraksi di posisi saya, boleh melakukan apa yang saya lakukan." – AFP

Berita Harian X