Jumaat, 29 Disember 2023 | 9:43am
Pemain Brighton, Jarrod Bowen mengawal bola ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal di Stadium Komuniti Amex, Brighton. - Foto AFP
Pemain Brighton, Jarrod Bowen mengawal bola ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal di Stadium Komuniti Amex, Brighton. - Foto AFP
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta sekali lagi tidak berpuas hati dengan keputusan kontroversi Video Bantuan Pengadil (VAR) ketika pasukannya tewas 2-0 di tangan West Ham. - Foto AFP
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta sekali lagi tidak berpuas hati dengan keputusan kontroversi Video Bantuan Pengadil (VAR) ketika pasukannya tewas 2-0 di tangan West Ham. - Foto AFP

VAR sekali lagi hampakan Arteta

LONDON: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta sekali lagi tidak berpuas hati dengan keputusan kontroversi Video Bantuan Pengadil (VAR) ketika pasukannya tewas 2-0 di tangan West Ham.

Kekalahan itu menafikan peluang buat Arsenal untuk menamatkan saingan tahun ini di tangga teratas Liga Perdana Inggeris, yang kini dihuni Liverpool dengan kelebihan dua mata.

West Ham membuka jaringan pada minit ke-13 menerusi Tomas Soucek selepas Jarrod Bowen berjaya mengekalkan bola dalam permainan.

VAR mengambil masa hampir lima minit untuk mengesahkan gol berkenaan kerana kedudukan Bowen menghalang sudut kamera utama dan keputusan bola tidak keluar dikekalkan.

"Ia memalukan apabila dengan teknologi yang ada, masih lagi sukar untuk menentukan sama ada bola keluar atau tidak," kata Arteta.

Masalah antara Arteta dan VAR bukan perkara baharu. Awal bulan ini, pengendali Arsenal itu terlepas hukuman selepas menyelar keputusan perlawanan ketika skuadnya tewas 1-0 kepada Newcastle pada 4 November.

Pengendali West Ham, David Moyes berkata, dia tidak melihat kesemua ulang tayang tetapi ia sesuatu yang merisaukan buat pasukan yang menjaringkan gol apabila terpaksa menanti pengesahan VAR.

Anak buah Moyes mempertahankan kelebihan berkenaan dengan baik dan West Ham mengesahkan kemenangan menerusi Konstantinos Mavropanos pada minit ke-55. - REUTERS

Berita Harian X