Rabu, 27 Disember 2023 | 11:33am
Cristiano Ronaldo (kiri) dan Sadio Mane (tengah) meledak dua gol ketika Al-Nassr menewaskan Al-Ittihad di Stadium Putera Abdullah Al-Faisal, Jeddah. - Foto AFP
Cristiano Ronaldo (kiri) dan Sadio Mane (tengah) meledak dua gol ketika Al-Nassr menewaskan Al-Ittihad di Stadium Putera Abdullah Al-Faisal, Jeddah. - Foto AFP
Pemain Al-Ittihad, Aberazzaak Hamdallah (tengah) meraikan jaringan ketika aksi Liga Pro Saudi menentang Al-Nassr di Stadium Putera Abdullah Al-Faisal, Jeddah. - Foto AFP
Pemain Al-Ittihad, Aberazzaak Hamdallah (tengah) meraikan jaringan ketika aksi Liga Pro Saudi menentang Al-Nassr di Stadium Putera Abdullah Al-Faisal, Jeddah. - Foto AFP
Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema sebelum aksi Liga Pro Saudi antara Al-Nassr dan Al-Ittihad di Stadium Putera Abdullah Al-Faisal, Jeddah. - Foto AFP
Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema sebelum aksi Liga Pro Saudi antara Al-Nassr dan Al-Ittihad di Stadium Putera Abdullah Al-Faisal, Jeddah. - Foto AFP

Ronaldo, Mane belasah pasukan Benzema

JEDDAH: Al-Nassr menewaskan Al-Ittihad 5-2 dengan Cristiano Ronaldo dan Sadio Mane masing-masing menjaringkan dua gol di Stadium Putera Abdullah Al-Faisal.

Kemenangan ke atas pasukan dibintang Karim Benzema itu merapatkan jurang Al-Nassr dengan pendahulu Liga Pro Saudi, Al-Hilal kepada tujuh mata, manakala Ronaldo kekal sebagai penjaring terbanyak liga dengan 19 gol.

Al-Ittihad membuka jaringan pada minit ke-14 menerusi bekas pemain Al-Nassr, Abderazzak Hamdallah.

Al-Nassr kemudian menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Ronaldo selepas Benzema mengasari Ali Lajami.

Pada minit ke-38, Al-Nassr mendahului permainan selepas hantaran Alex Telles dikawal baik Anderson Talisca untuk gol kedua pasukannya.

Al-Ittihad bagaimanapun kembali menyamakan kedudukan selepas rehat menerusi tandukan minit ke-52 Hamdallah.

Al-Nassr memanfaatkan kelebihan pemain apabila Fabinho dibuang padang kerana mengasari Otavio di dalam kotak penalti. Ronaldo sekali lagi menyempurnakan sepakan untuk Al-Nassr mendahului pada minit ke-68.

Mane memastikan kemenangan Al-Nassr dengan gol minit ke-75 dan 82. Al-Nassr akan bertemu Al-Tawouun untuk aksi terakhir tahun ini pada 30 Disember. - AGENSI

Berita Harian X