Ahad, 24 Disember 2023 | 7:37am
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah (tiga dari kanan) meraikan gol penyamaan ketika menentang Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool awal pagi tadi. – Foto AFP
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah (tiga dari kanan) meraikan gol penyamaan ketika menentang Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool awal pagi tadi. – Foto AFP

Arsenal, Liverpool sama gagah

LIVERPOOL, England: Arsenal memastikan mereka menghabiskan Hari Krismas di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mengikat pencabar kejuaraan Liverpool 1-1 dalam satu aksi mendebarkan di Anfield awal pagi tadi.

Anak buah Mikel Arteta mendahului menerusi tandukan pemain pertahanan Gabriel Magalhaes seawal minit keempat namun Mohamed Salah berjaya menyamakan kedudukan buat Liverpool pada minit ke-29.

Keputusan seri tidak diragui keputusan tepat selepas kedua-dua pasukan mempamerkan kenapa mereka muncul sebagai pencabar utama untuk memenangi kejuaraan.

Memburu kejuaraan kali pertama sejak tahun 2004, Arsenal unggul satu mata di depan pasukan tangga kedua Liverpool menuju ke musim perayaan.

Pasukan yang mendahului EPL ketika tempoh Krismas sudah menang kejuaraan bagi enam daripada 10 musim terakhir tetapi keputusan seri di Merseyside turut melegakan pasukan yang mengejar mereka.

Penyerang Liverpool, Darwin Nunez (kanan) terjatuh selepas dibentes pertahanan Arsenal, William Saliba pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Penyerang Liverpool, Darwin Nunez (kanan) terjatuh selepas dibentes pertahanan Arsenal, William Saliba pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Pasukan tangga ketiga Aston Villa terikat mata dengan Liverpool, pasukan keempat Tottenham tiga mata di belakang manakala juara bertahan Manchester City enam mata di belakang pendahulu sekalipun beraksi kurang satu perlawanan.

Liverpool tidak tewas dalam 11 perlawanan terakhir menentang Arsenal di Anfield.

Bagaimanapun, hadir seminggu selepas seri tanpa jaringan menentang Manchester United, ia satu lagi keputusan mengecewakan buat pasukan kendalian Jurgen Klopp.

"Oh Tuhanku, betapa kuatnya mereka? Berita baik kami juga sebagus mereka," kata Klopp.

"Kami membuat hantaran di sebalik percubaan, empat atau lima kali kami melakukannya, ia satu pengajaran. Tetapi secara umumnya perlawanan ini hebat."

Penyerang Arsenal, Bukayo Saka (kanan) berdepan penjaga gol Liverpool, Alisson pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Penyerang Arsenal, Bukayo Saka (kanan) berdepan penjaga gol Liverpool, Alisson pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Arsenal juga tidak berpuas hati sepenuhnya.

Musim lalu mereka mendahului 2-0 di Liverpool tetapi berakhir seri 2-2, keputusan yang memulakan kejatuhan mereka dalam perebutan kejuaraan.

"Bangga dengan persembahan tetapi hantaran akhir tidak menjadi beberapa kali. Ia menyebabkan kekecewaan," kata penyerang Arsenal, Bukayo Saka. – AFP

Berita Harian X