Sabtu, 23 Disember 2023 | 10:22am
Penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dicabar pemain Al-Ettifaq, Ali Hazazi (kiri) dan Marcel Tisserand pada aksi Liga Pro Saudi di Al-Awwal Park, Riyadh awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dicabar pemain Al-Ettifaq, Ali Hazazi (kiri) dan Marcel Tisserand pada aksi Liga Pro Saudi di Al-Awwal Park, Riyadh awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Ronaldo makin menjadi di bumi Arab

RIYADH: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol buat Al-Nassr sekali lagi ketika pasukannya mengalahkan Al-Ettifaq 3-1 awal pagi tadi bagi menghidupkan peluang mereka memburu kejuaraan Liga Pro Saudi.

Pasukan kendalian Steven Gerrard gagal mencabar sepanjang perlawanan dengan bekas pemain Manchester United, Alex Telles turut berada dalam senarang penjaring.

Telles membuka tirai jaringan selepas 43 minit sebelum bekas bintang Inter Milan, Marcelo Brozovic menggandakan kelebihan tuan rumah dengan gol kedua pada minit ke-59.

Ronaldo kemudian menyempurnakan penalti untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-73 sebelum Mohammed Al-Kuwaykibi menyumbat gol saguhati pelawat lima minit sebelum tamat.

Keputusan itu mengekalkan Al-Nassr di tangga kedua Liga Pro Saudi, dengan Al-Hilal mendahului 10 mata di depan sekalipun beraksi lebih satu perlawanan.

Reaksi pemain Al-Nassr, Cristiano Ronaldo selepas dikasari pada aksi menentang Al-Ettifaq dalam Liga Pro Saudi di Al-Awwal Park, Riyadh awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Reaksi pemain Al-Nassr, Cristiano Ronaldo selepas dikasari pada aksi menentang Al-Ettifaq dalam Liga Pro Saudi di Al-Awwal Park, Riyadh awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Jordan Henderson dan Georginio Wijnaldum antara bekas pemain Liga Perdana Inggeris yang beraksi buat pasukan pelawat di Stadium Al-Awwal Park awal pagi tadi.

Pasukan Gerrard kini tidak menang dalam lapan perlawanan dan menghuni tangga kelapan liga.

Mereka berdepan Al-Hazm pada 28 Disember ini manakala Al-Nassr bertemu Al-Ittihad tiga hari lagi.

Rakan sepasukan Ronaldo, Sadio Mane menerima sorakan gemuruh daripada penyokong selepas satu lagi persembahan memukau buat kelab baharunya itu. – AGENSI

Berita Harian X