Selasa, 19 Disember 2023 | 8:25am
Pemain Fluminense, John Kennedy meraikan jaringan ketika aksi separuh akhir Piala Dunia Kelab menentang Al-Ahly di King Abdullah Sports City, Jeddah. - Foto REUTERS
Pemain Fluminense, John Kennedy meraikan jaringan ketika aksi separuh akhir Piala Dunia Kelab menentang Al-Ahly di King Abdullah Sports City, Jeddah. - Foto REUTERS
Pemain Fluminense, Jhon Arias menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi separuh akhir Piala Dunia Kelab menentang Al-Ahly di King Abdullah Sports City, Jeddah. - Foto REUTERS
Pemain Fluminense, Jhon Arias menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi separuh akhir Piala Dunia Kelab menentang Al-Ahly di King Abdullah Sports City, Jeddah. - Foto REUTERS

Fluminense mara ke final Piala Dunia Kelab

JEDDAH, Arab Saudi: Fluminense mara ke final Piala Dunia Kelab FIFA selepas dua gol dalam tempoh 20 minit terakhir memastikan kemenangan 2-0 ke atas Al-Ahly di Jeddah.

Penalti Jhon Arias memecah kebuntuan sebelum John Kennedy mengesahkan kemenangan kelab Brazil itu ke atas lawan dari Mesir pada minit ke-90.

Fluminense akan bertemu sama ada juara Liga Juara-Juara Eropah, Manchester City atau Urawa Reds dari Jepun pada aksi final Jumaat ini.

Al-Ahly terlepas beberapa peluang keemasan untuk meletakkan juara Afrika itu di depan susulan aksi cemerlang penjaga gol Fluminense, Fabio yang berusia 43 tahun.

10 edisi Piala Dunia Kelab lalu dimenangi oleh kelab-kelab Eropah.

Al-Ahly sebelum ini menyingkirkan kelab tuan rumah, Al-Ittihad yang dibintangi Karim Benzema, N'Golo Kante dan Fabinho.

Pemain Fluminense, Felipe Melo, 40, menjadi pemain 'outfield' tertua dalam sejarah Piala Dunia kelab. - AFP

Berita Harian X