Isnin, 18 Disember 2023 | 9:17pm
Keputusan undian Liga Europa dipaparkan di skrin dekat House of European Football di Nyon. - AFP
Keputusan undian Liga Europa dipaparkan di skrin dekat House of European Football di Nyon. - AFP

Roma, Feyenoord berjumpa lagi di Liga Europa

PARIS: Naib juara Liga Europa musim lalu, Roma akan bertemu Feyenoord dalam kempen ketiga berturut-turut selepas diundi bersama pada peringkat play-off kalah mati hari ini.

Skuad kendalian Jose Mourinho menewaskan Feyenoord pada Liga Conference Europa dekat Tirana pada 2022, dan kemudian sekali lagi menang pada suku akhir Liga Europa musim lalu dalam laluan mereka ke final namun tewas penalti di tangan Sevilla.

Pusingan play-off kalah mati menyaksikan pasukan tangga ketiga peringkat kumpulan Liga Juara-Juara akan berdepan naib juara daripada kumpulan Liga Europa.

Pemenang akan mara ke kelompok 16 terakhir apabila mereka akan menyertai juara daripada setiap lapan kumpulan.

Juara bertahan liga Belanda, Feyenoord tersingkir daripada Liga Juara-Juara selepas berkedudukan ketiga kumpulan di belakang Atletico Madrid dan Lazio.

AC Milan, yang berkedudukan ketiga kumpulan Liga Juara-Juara di belakang Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain serta di depan Newcastle United, diundi berdepan kelab Perancis, Rennes.

Shakhtar Donetsk, yang menang Piala UEFA 2009, akan menentang Marseille yang juga naib juara Liga Europa 2018.

Undian play-off kalah mati Liga Europa:

Feyenoord (NED) mln Roma (ITA)

AC Milan (ITA) mln Rennes (FRA)

Lens (FRA) mln Freiburg (GER)

Young Boys (SUI) mln Sporting (POR)

Benfica (POR) mln Toulouse (FRA)

Braga (POR) mln Qarabag (AZE)

Galatasaray (TUR) mln Sparta Prague (CZE)

Shakhtar Donetsk (UKR) mn Marseille (FRA)

- AFP

Berita Harian X