Ahad, 17 Disember 2023 | 9:56am
Nicola Jackson meledak gol kedua Chelsea ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Sheffield United di Stamford Bridge, London. - Foto REUTERS
Nicola Jackson meledak gol kedua Chelsea ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Sheffield United di Stamford Bridge, London. - Foto REUTERS

Chelsea di landasan tepat - Pochettino

LONDON: Mauricio Pochettino mendakwa kebangkitan Chelsea daripada deretan kekalahan Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Sheffield United 2-0 membuktikan mereka di landasan tepat.

Selepas kekalahan kepada Manchester United dan Everton menambah tekanan ke atas Chelsea, anak buah Pochettino meredakan seketika kritikan dengan mengutip tiga mata di Stamford Bridge.

Chelsea bagaimanapun masih bergelut untuk menguasai permainan menentang pasukan tercorot liga itu, tetapi jaringan Cole Palmer dan Nicolas Jackson di babak kedua memastikan kemenangan tuan rumah.

Cole Palmer membuka jaringan untuk Chelsea ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Sheffield United di Stamford Bridge, London. - Foto REUTERS
Cole Palmer membuka jaringan untuk Chelsea ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Sheffield United di Stamford Bridge, London. - Foto REUTERS

"Sepanjang minggu selepas perlawanan Everton kami berbincang berkenaan perubahan drastik.

"Ia penting untuk memastikan kami berada di landasan yang betul. Cara pasukan bermain di babak pertama amat mengecewakan kerana kami gagal melepasi benteng Sheffield United," kata Pochettino.

Gol pertama Chelsea pada minit ke-54 hadir hasil gandingan Palmer dan Raheem Sterling, yang membuat hantaran rendah kepada bekas penyerang Manchester City itu.

Palmer kemudian membantu Jackson menambah jaringan untuk memastikan kemenangan Chelsea. - AFP

Berita Harian X