Sabtu, 16 Disember 2023 | 5:08pm
Garrido (tengah) ketika kem latihan skuad B-23 bulan lalu. - Foto ihsan FAM
Garrido (tengah) ketika kem latihan skuad B-23 bulan lalu. - Foto ihsan FAM

B-23 uji taring berdepan China

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak bawah 23 (B-23) tahun negara akan menguji 'taring' dengan pasukan China B-23 dalam dua aksi persahabatan di Shanghai pada 23 Disember dan 26 Disember ini.

Perkembangan itu dimaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika mengumumkan senarai 24 pemain yang akan menyertai kem latihan pusat skuad bawah 23 (B-23) tahun bermula Selasa hingga 27 Disember ini.

Berdasarkan senarai itu, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya B-23, Juan Torres Garrido memanggil tiga pemain yang tidak menyertai kem latihan pusat bulan lalu iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi, Ruventhiran dan Alif Zikri Zaini Anuar.

Ia bagi mengisi ketiadaan Ubaidullah Shamsul Fazili, Adam Farhan Mohd Faizal dan Haqimi Azim Rosli yang tidak dapat menyertai kem kali ini kerana masalah kecederaan.

Selain itu, Garrido turut mengekalkan pemain yang berpangkalan di luar negara, Luqman Hakim Shamsudin dari kelab Kortrijk FC.

Kem latihan pusat dan aksi persahabatan itu sebagai rangka persiapan skuad Harimau Malaya B-23 bagi menghadapi pusingan akhir Piala Asia B-23 2024 di Qatar yang akan berlangsung April tahun hadapan.

"Pemain akan melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya, Selasa ini sebelum dijadual berlepas ke Shanghai, China pada Khamis ini bagi menghadapi dua perlawanan menentang China B-23 di sana," jelas FAM dalam kenyataan.

Bagi kempen Piala Asia B-23 2024 nanti, Harimau Malaya B-23 yang diundi dalam Kumpulan D akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam (20 April) dan Kuwait (23 April).

Senarai 24 pemain skuad B-23

1 Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri

2 Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi

3 Ruventhiran

4 Ahmad Zikri Mohd Khalili

5 Harith Haiqal Adam Afkar

6 Muhamad Syahir Bashah

7 Muhammad Aliff Izwan Yuslan

8 Muhammad Abu Khalil

9 Daryl Sham K.K George

10 Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal

11 Fergus Tierney

12 Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan

13 Muhammad Firdaus Ramli

14 Muhamad Alif Zikri Zaini Anuar

15 Muhammad Aiman Khairul Yusni

16 Muhammad Firdaus Ahmad Fuad

17 Muhammad Rahadiazli Rahalim

18 Muhammad Safwan Mazlan

19 Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin

20 T Saravanan

21 Mohd Aiman Afif Md Afizul

22 Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar

23 Mohamad Saiful Jamaluddin

24 Luqman Hakim Shamsudin

Berita Harian X