Sabtu, 16 Disember 2023 | 8:24am
Pemain Al-Ahly, Hussein El Shahat (kiri) meraikan jaringan ketika aksi Piala Dunia Kelab menentang Al-Ittihad di King Abdullah Sports City, Jeddah, Arab Saudi. - Foto REUTERS
Pemain Al-Ahly, Hussein El Shahat (kiri) meraikan jaringan ketika aksi Piala Dunia Kelab menentang Al-Ittihad di King Abdullah Sports City, Jeddah, Arab Saudi. - Foto REUTERS

Al-Ahly sertai Urawa Reds ke separuh akhir

JEDDAH: Kelab Mesir, Al-Ahly menewaskan Al-Ittihad yang diterajui Karim Benzema, 3-1 dalam aksi pusingan kedua Piala Dunia Kelab, selepas Urawa Reds mara ke separuh akhir.

Penalti babak pertama Ali Maaloul dan jaringan Hussein El Shahat serta Emam Ashour di setiap babak memastikan kemaraan Al-Ahly ke separuh akhir di Jeddah.

Dua sepakan penalti diberikan di babak pertama, satu disempurnakan oleh Maaloul pada minit ke-21 dan Benzema terlepas peluang menyamakan kedudukan apabila penaltinya diselamatkan Mohamed El Shenawy sebelum rehat.

Bintang Al-Ittihad, Karim Benzema (tengah) meledak gol ketika aksi Piala Dunia Kelab menentang Al-Ahly di King Abdullah Sports City, Jeddah, Arab Saudi. - Foto REUTERS
Bintang Al-Ittihad, Karim Benzema (tengah) meledak gol ketika aksi Piala Dunia Kelab menentang Al-Ahly di King Abdullah Sports City, Jeddah, Arab Saudi. - Foto REUTERS

Reaksi Karim Benzema (kiri) ketika menentang kelab Mesir, Al-Ahly. - Foto Reuters
Reaksi Karim Benzema (kiri) ketika menentang kelab Mesir, Al-Ahly. - Foto Reuters

El Shahat menambah jaringan pada minit ke-59 diikuti jaringan Ashour tiga minit kemudian.

Anthony Modeste dilayangkan kad merah pada minit ke-90 dan kelebihan itu digunakan oleh Al-Ittihad untuk meledak gol sagu hati menerusi Benzema.

Juara Mesir itu akan bertemu juara Copa Libertadores, Fluminense dari Brazil dalam aksi separuh akhir Isnin ini.

Sebelum itu, jaringan tunggal Alex Schalk memberikan Urawa Reds kemenangan ke atas lawan dari Mexico, Leon, dan akan bertemu Manchester City di separuh akhir pada Selasa. - AFP

Penyokong Al-Ahly meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan. - Foto Reuters
Penyokong Al-Ahly meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan. - Foto Reuters

Berita Harian X