Jumaat, 15 Disember 2023 | 11:59am
Enam jersi Messi dijual RM36.42 juta. - Foto AFP
Enam jersi Messi dijual RM36.42 juta. - Foto AFP

Enam jersi Messi dijual RM36.42 juta

NEW YORK: Enam jersi dipakai bintang Argentina, Lionel Messi ketika menjuarai Piala Dunia Qatar tahun lalu, dijual pada harga AS$7.8 juta (RM36.42 juta) dalam lelongan di New York.

Harga berkenaan memecahkan rekod jualan barangan berkaitan bintang Argentina itu, dan memorabilia sukan paling bernilai pernah dilelong tahun ini, kata Sotheby's, yang menganjurkan lelongan berkenaan.

Messi menerajui Argentina menewaskan Perancis 4-2 menerusi sepakan penalti pada final Piala Dunia di Stadium Lusail, Disember tahun lalu.

Koleksi jersi bintang Argentina, Lionel Messi dijual pada harga AS$7.8 juta (RM36.42 juta). - Foto AGENSI
Koleksi jersi bintang Argentina, Lionel Messi dijual pada harga AS$7.8 juta (RM36.42 juta). - Foto AGENSI

Penyerang Argentina, Lionel Messi bersama jersi yang dipakainya ketika babak pertama final Piala Dunia 2022 menentang Perancis. - Foto AGENSI
Penyerang Argentina, Lionel Messi bersama jersi yang dipakainya ketika babak pertama final Piala Dunia 2022 menentang Perancis. - Foto AGENSI

"Piala Dunia FIFA 2022 adalah acara sukan paling hebat dalam sejarah sukan, kemuncak perjalanan Messi sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

"Jualan enam jersi ini memberikan peluang kepada peminat untuk berada lebih dekat dengan pencapaian gemilang Messi," kata wakil Sotheby's, Brahm Wachter.

Awal bulan ini, Messi dinobatkan Atlet Terbaik untuk tahun 2023 oleh majalah Times selepas musim cemerlang yang menyaksikan dia memenangi Ballon d'Or kelapan dan perpindahan ke Inter Miami. - AFP

Berita Harian X