Jumaat, 15 Disember 2023 | 8:13am
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp ketika aksi Liga Europa menentang Union Saint-Gilloise di Lotto Park, Brussels. - Foto AFP
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp ketika aksi Liga Europa menentang Union Saint-Gilloise di Lotto Park, Brussels. - Foto AFP
Pemain Union Saint-Gilloise, Cameron Puertas meledak gol kemenangan ketika aksi Liga Europa menentang Liverpool di Lotto Park, Brussels. - Foto AFP
Pemain Union Saint-Gilloise, Cameron Puertas meledak gol kemenangan ketika aksi Liga Europa menentang Liverpool di Lotto Park, Brussels. - Foto AFP

Klopp tumpu aksi Man United

PARIS: Skuad muda Liverpool tewas 2-1 di Union Saint-Gilloise pada aksi terakhir peringkat kumpulan, manakala Villarreal mara ke pusingan 16 terakhir selepas menewaskan Rennes.

Qarabag turut mara ke pusingan playoff dan Slavia Prague menjuarai Kumpulan G di depan naib juara musim lalu, Roma.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp merombak skuadnya selepas mengesahkan kedudukan sebagai juara Kumpulan E, bagi mempersiapkan pasukan bertemu Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini.

Saint-Gilloise, yang memerlukan kemenangan untuk mempunyai peluang memintas Toulouse di tangga kedua, mendahului menerusi Mohamed Amoura sebelum Jarell Quansah menyamakan kedudukan.

Cameron Puertas kembali meletakkan tuan rumah di depan dua minit sebelum rehat. Klopp kemudian memasukkan Joe Gomez, Ryan Gravenberch dan Darwin Nunez di babak kedua, namun Saint-Gilloise terus bertahan untuk kemenangan bersejarah itu.

Kelab Belgium itu bagaimanapun tercicir ke pusingan play-off Liga Konferens Europa selepas Toulouse menewaskan LASK Linz 2-1 untuk mengesahkan tempat kedua.

Dani Parejo menjaringkan gol lewat permainan untuk kemenangan 3-2 Villarreal ke atas Rennes dan mengesahkan kedudukan sebagai juara Kumpulan F.

Roma kendalian Jose Mourinho terpaksa mengharungi pusingan play-off walaupun menewaskan Sheriff Tiraspol 3-0.

Dalam aksi Liga Konferens, Aston Villa layak ke pusingan 16 akhir selepas Nicolo Zaniolo menjaringkan gol pertamanya untuk kelab dalam keputusan 1-1 menentang kelab Bosnia, Zrinjski. - AFP

Berita Harian X