Jumaat, 8 Disember 2023 | 6:42pm
Shahanieza Nur Aisyah bersama ayahnya memberikan sokongan terhadap TFC bagi aksii final Piala Malaysia malam ini. - NSTP/SYAFIQ AZNAN
Shahanieza Nur Aisyah bersama ayahnya memberikan sokongan terhadap TFC bagi aksii final Piala Malaysia malam ini. - NSTP/SYAFIQ AZNAN

'Pengantin' sokong TFC

KUALA LUMPUR: Bukan mahu bersanding sebaliknya penyokong Terengganu FC (TFC), Shahanieza Nur Aisyah Shaharen mengenakan busana pengantin semata-mata untuk memberi sokongan kepada TFC untuk aksi final Piala Malaysia, malam ini.

Jelas wanita berusia 20 tahun itu, dia sanggup menggayakan busana pengantin sebagai satu kelainan meskipun perlu berdepan dengan cuaca yang agak membahang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Saya tidak kisah untuk berpakaian songket ini walaupun dalam cuaca yang panas. Kali ini, saya memakai serba songket kerana inginkan kemeriahan 'suasano' sahaja.

"Pakaian baju pengantin ini serta sanggul lintang yang dipakai hari ini adalah pinjaman daripada saudara saya," katanya.

Sementara itu, bapanya, Shaharen Mohd Sarip mengharapkan skuad 'Penyu' dapat menghadiahkan berita baik buat penyokong yang hadir di SNBJ malam ini.

"Kali terakhir TFC meraih kemenangan adalah pada 2001. Walaupun menghadapi cabaran yang agak besar menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), kejayaan melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia ini merupakan satu kemenangan penting bagi rakyat Terengganu.

"Jadi, saya ramal ada sepakan penalti yang membuatkan TFC menang malam ini," kata Shaharen.

Berita Harian X