Ahad, 3 Disember 2023 | 9:54am
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta (kanan) dan Oleksandr Zinchenko ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Emirates, London. - Foto AFP
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta (kanan) dan Oleksandr Zinchenko ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Emirates, London. - Foto AFP

Arteta enggan salahkan Zinchenko

LONDON: Mikel Arteta enggan menyalahkan Oleksandr Zinchenko selepas bek tengah Arsenal itu melakukan kesilapan ketika kemenangan 2-1 ke atas Wolves di Stadium Emirates.

The Gunners mendahului permainan 2-0 dalam tempoh 13 minit hasil jaringan Bukayo Saka dan Martin Odegaard, tetapi dibolosi pada minit ke-86 menerusi Matheus Cunha hasil kesilapan pertahanan.

Zinchenko menjadi punca jaringan saat akhir Wolves itu, tetapi pengendali Arsenal, Arteta mempertahankan pemain Ukraine berkenaan.

"Anda perlu menyayanginya. Setiap pemain mempunyai kekuatan dan kelemahan. Alex mempunyai lebih banyak kekuatan lain.

"Ia boleh berlaku kepada mana-mana pemain. Kami perlu belajar daripada kesilapan itu. Kami akan bertambah baik," kata Arteta.

Arsenal kini menjarakkan diri di puncak Liga Perdana Inggeris kepada empat mata, tetapi Manchester City mampu merapatkan kembali jurang apabila bertemu Tottenham Hotspur awal pagi esok.

Walaupun kecewa tidak merakam kemenangan bersih, Arteta mahu anak buahnya mengekalkan karakter seperti ditunjukkan pada minit-minit akhir permainan. - AGENSI

Berita Harian X