Selasa, 28 November 2023 | 1:23pm
Stadium Darul Aman di Alor Setar akan menjadi tumpuan Sabtu ini apabila Kedah berdepan Selangor pada aksi genting Liga Super. – Foto NSTP/Izzali Ismail
Stadium Darul Aman di Alor Setar akan menjadi tumpuan Sabtu ini apabila Kedah berdepan Selangor pada aksi genting Liga Super. – Foto NSTP/Izzali Ismail

Penyokong Kedah diseru penuhkan Stadium Darul Aman

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman (KDA) FC menyeru puluhan ribu penyokongnya untuk hadir memberi sokongan bagi perlawanan penting berdepan Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.

Aksi seumpama perlawanan akhir itu penting ketika Kedah berusaha untuk merampas tangga kedua liga daripada Red Giants kendalian Tan Cheng Hoe yang kini berada dua mata di depan mereka.

Dalam satu kenyataan, Sang Kenari menyatakan mereka memerlukan sokongan padu penyokong setianya untuk memenuhi 25,000 kapasiti tempat duduk Stadium Darul Aman bagi mencetus semangat bangkit melawan buat pemain skuad kendalian Nafuzi Zain.

"Sabtu ini, seruan untuk 25,000 lautan hijau kuning di Stadium Darul Aman untuk aksi seterusnya KDA FC yang akan menerima kunjungan Selangor FC di Darul Aman.

"Perlawanan tumpuan Sabtu ini dijangka disambut 25,000 lautan hijau kuning dengan misi mendaki tangga kedua Liga Super 2023 dan seterusnya memburu slot ke Liga Juara-Juara Asia 2.

"Ayuh penyokong Hijau Kuning, gemakan sorakan di setiap penjuru stadium! Pulun Kedah Pulun!" katanya.

Berita Harian X