Jumaat, 24 November 2023 | 2:21pm
Pemain Manchester United, Casemiro (kanan) bakal bergabung kembali dengan Cristiano Ronaldo di Al-Nassr. - Foto AGENSI
Pemain Manchester United, Casemiro (kanan) bakal bergabung kembali dengan Cristiano Ronaldo di Al-Nassr. - Foto AGENSI

Casemiro bakal ikut jejak Ronaldo

MANCHESTER: Manchester United sedia melepaskan Casemiro pada jendela perpindahan Januari ini.

Casemiro, 31, menyertai Red Devils dari Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Pemain tengah itu antara yang paling menonjol dalam skuad kendalian Erik ten Hag sepanjang kempen sulungnya di Old Trafford.

Bagaimanapun prestasinya sedikit merosot musim ini dan mencetus spekulasi yang dia mungkin akan meninggalkan kelab tahun depan.

Man United menuntut 50 juta pound (RM294 juta) untuk Casemiro, dengan Ten Hag dan pasukannya sudah mula mencari pengganti berpotensi.

Pemain Brazil berkenaan juga mula mempertimbangkan pilihan yang ada, dengan kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr yang dibintangi Cristiano Ronaldo antara yang berminat mendapatkan Casemiro.

Casemiro adalah salah seorang daripada 15 pemain utama Man United yang dikatakan akan meninggalkan Old Trafford tahun depan.

Bekas rakan sepasukan di Real Madrid, Raphael Varane juga akan mengikut jejaknya Januari nanti selepas tercicir daripada skuad pilihan Ten Hag.

Jadon Sancho, Antony, Victor Lindelof, Anthony Martial, Aaron Wan-Bissaka, Hannibal Mejbri, Jonny Evans dan Tom Heaton juga akan bertukar kelab.

Harry Maguire dan Scott McTominay yang menunjukkan peningkatan musim ini, juga tidak akan terlepas daripada rombakan besar-besaran United. - AGENSI

Berita Harian X