Sabtu, 30 September 2023 | 9:46pm
Pemain Aston Villa meraikan jaringan ketika bertemu Brighton di Stadium Villa Park, sebentar tadi. Foto REUTERS
Pemain Aston Villa meraikan jaringan ketika bertemu Brighton di Stadium Villa Park, sebentar tadi. Foto REUTERS

Aston Villa lonjak ke tangga ketiga

LONDON: Aston Villa mendaki ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila membelasah Brighton 6-1 di Stadium Villa Park, sebentar tadi.

Ia kemenangan ketiga yang dilakar skuad kendalian Unai Emery selepas menewaskan Crystal Palace 3-1 di halaman sendiri sebelum memalukan Chelsea 1-0 di Stamford Bridge.

Villa bermula garang apabila mendahului tiga gol pada babak pertama dengan dua jaringan dihasilkan Ollie Watkins pada minit ke-14 dan 21 sebelum pertahanan Brighton, Pervis Estupinan menjaringkan gol sendiri pada minit ke-26.

Pelawat bagaimanapun berjaya merapatkan jurang hanya selepas lima minit babak kedua bersambung menerusi Ansu Fati yang menyudahkan umpanan Joao Pedro.

Watkins bagaimanapun terus menceriakan tuan rumah apabila mencipta hatrik pada minit ke-65 sebelum dia turut membantu Jacob Ramsey meledak gol kelima Villa minit ke-85.

Tidak cukup dengan itu, Douglas Luiz melengkapkan malam gemilang Villa apabila menyumbang gol keenam pada masa kecederaan.Kemenangan itu menyaksikan Villa berkongsi 15 mata bersama Brighton yang jatuh ke tangga keempat. - AGENSI

Berita Harian X