Ahad, 24 September 2023 | 11:24pm
Penyerang Liverpool, Darwin Nunez menjaringkan gol kedua pasukannya ketika menentang West Ham di Anfield. REUTERS
Penyerang Liverpool, Darwin Nunez menjaringkan gol kedua pasukannya ketika menentang West Ham di Anfield. REUTERS

Liverpool hambat City

LONDON: Liverpool terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City apabila menewaskan West Ham United 3-1 di Stadium Anfield, sebentar tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp membuka tirai jaringan menerusi Mohamed Salah yang menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-16, namun Jarrod Bowen berjaya menyamakan kedudukan buat West Ham ketika babak pertama berbaki tiga minit.

Darwin Nunez kembali meletakkan The Reds di depan dengan menyudahkan umpanan Alexis Mac Allister pada minit ke-60 sebelum Diogo Jota mengesahkan kemenangan pasukannya apabila meledak gol ketiga, lima minit sebelum berakhir masa sebenar.

Pemain Liverpool, Diogo Jota menjaringkan gol ketiga Liverpool. REUTERS/
Pemain Liverpool, Diogo Jota menjaringkan gol ketiga Liverpool. REUTERS/

Kemenangan kelima daripada enam perlawanan musim ini menyaksikan Liverpool mengumpul 16 mata, hanya dua mata di belakang Manchester City. - AGENSI

Berita Harian X