LIVERPOOL, England: Dominik Szoboszlai meledak jaringan pertama buat Liverpool dan Mohamed Salah menjaringkan gol ketujuhnya dalam tujuh aksi berdepan Aston Villa ketika tuan rumah menang mudah 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield.
Skuad kendalian Juergen Klopp yang menang 10 daripada 12 aksi terakhir menentang Villa, naik ke tangga ketiga liga dengan 10 mata daripada empat aksi manakala Villa mengumpul enam mata.
Salah, yang dilaporkan menjadi sasaran perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al-Ittihad, meledak jaringan ke-188 dalam kariernya bersama Liverpool selepas menyambar hantaran ke belakang pada minit ke-55.
Szoboszlai memberikan Liverpool permulaan diimpikan dengan sepakan kaki kiri dari luar kotak penalti selepas minit ketiga.
Liverpool menggandakan kelebihan apabila penyudah Darwin Nunez terkena palang dan melantun ke gawang apabila menyentuh pertahanan Villa, Matty Cash. - REUTERS