Jumaat, 1 September 2023 | 8:45am
Lionel Messi ketika mengetuai Argentina pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Panama di Estadio Monumental, Buenos Aires pada Mac lalu. – Foto REUTERS
Lionel Messi ketika mengetuai Argentina pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Panama di Estadio Monumental, Buenos Aires pada Mac lalu. – Foto REUTERS

Messi ketuai Argentina aksi kelayakan Piala Dunia

BUENOS AIRES: Lionel Messi akan mengetuai juara dunia Argentina bagi perlawanan pembukaan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Ecuador dan Bolivia, aksi pertama antarabangsa kapten itu sejak menyertai kelab Major League Soccer, Inter Miami.

Skuad 32 pemain pilihan jurulatih Lionel Scaloni turut menampilkan bintang veteran Angel Di Maria, yang kembali ke Benfica tahun ini dan pemain pertahanan Nicolas Otamendi.

Mereka akan disertai pemain muda Alan Velasco dari FC Dallas, Bruno Zapelli dan Lucas Esquivel dari kelab Brazil, Athletico Paranaense dan Lucas Beltran yang baru menyertai kelab Itali, Fiorentina.

Penyerang AS Roma, Paulo Dybala dan penjaga gol Ajax Amsterdam, Geronimo Rulli terpaksa diketepikan kerana kecederaan.

Argentina melayan kunjungan Ecuador di Buenos Aires pada 7 September ini sebelum bertandang ke Bolivia lima hari kemudian. – REUTERS

SKUAD ARGENTINA

Penjaga gol: Juan Musso (Atalanta), Emiliano Martinez (Aston Villa), Walter Benitez (PSV Eindhoven), Franco Armani (River Plate).

Pertahanan: Nahuel Molina (Atletico Madrid), German Pezzella (Real Betis), Gonzalo Montiel (Nottingham Forest), Juan Foyth (Villarreal), Marcos Senesi (Bournemouth), Lisandro Martinez (Manchester United), Cristian Romero (Tottenham Hotspur), Nicolas Tagliafico (Olympique Lyonnais), Nicolas Otamendi (Benfica), Lucas Esquivel (Athletico Paranaense).

Tengah: Leandro Paredes (AS Roma), Rodrigo De Paul (Atletico Madrid), Guido Rodriguez (Real Betis), Facundo Buonanotte (Brighton & Hove Albion), Enzo Fernandez (Chelsea), Alexis Mac Allister (Liverpool), Exequiel Palacios (Bayern Leverkusen), Bruno Zapelli (Athletico Paranaense).

Penyerang: Lucas Beltran (Fiorentina), Nicolas Gonzalez (Fiorentina), Lautaro Martinez (Inter Milan), Angel Correa (Atletico Madrid), Julian Alvarez (Manchester City), Alejandro Garnacho (Manchester United), Angel Di Maria (Benfica), Lionel Messi (Inter Miami), Alan Velasco (FC Dallas), Thiago Almada (Atlanta United).

Berita Harian X