Rabu, 26 Julai 2023 | 12:16pm
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola (kanan) berharap Kyle Walker (kiri) akan terus bersama pasukan itu musim depan. - Foto AGENSI
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola (kanan) berharap Kyle Walker (kiri) akan terus bersama pasukan itu musim depan. - Foto AGENSI

Guardiola harap Walker kekal semusim lagi

MANCHESTER: Manchester City sedang berusaha mengekalkan Kyle Walker di Etihad, kata pengendali kelab Liga Perdana Inggeris itu, Pep Guardiola.

Walker kini dalam rundingan dengan kelab Bundesliga, Bayern Munich, yang turut mensasarkan penyerang Tottenham, Harry Kane.

"Kyle penting buat kami. Dia mempunyai kualiti khas yang sukar dicari. Saya tidak tahu apa akan berlaku. Kedua-dua kelab sedang berunding.

"Kami akan mempertahankannya, Bayern juga berusaha mendapatkan khidmatnya. Saya tidak tahu bagaimana ia akan berakhir," kata Guardiola.

Bos City itu menegaskan, Walker akan diturunkan menentang Bayern di Stadium Nasional Jepun untuk aksi pra-musim, walaupun laporan di Jerman mengatakan sebaliknya.

"Dia masih pemain kami. Kami perlu berdepan Bayern dengan pemain-pemain terbaik kami dan saya harap dia terus bersama kami musim depan," katanya.

Sementara itu pengendali Bayern, Thomas Tuchel mendedahkan yang mereka tidak akan menerima tawaran untuk membeli Joao Cancelo atas faktor kewangan. - AGENSI

Berita Harian X