Sabtu, 17 Jun 2023 | 8:02am
Penyerang England, Harry Kane menjaringkan gol ketiga pasukannya menerusi sepakan penalti ketika membelasah Malta 4-0 pada kelayakan Euro 2024 di Ta'Qali, Malta awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Penyerang England, Harry Kane menjaringkan gol ketiga pasukannya menerusi sepakan penalti ketika membelasah Malta 4-0 pada kelayakan Euro 2024 di Ta'Qali, Malta awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Alexander-Arnold memukau England belasah Malta

MDINA, Malta: Trent Alexander-Arnold menyerlah dengan tugasnya sebagai pemain tengah ketika England membenam Malta 4-0 untuk meneruskan permulaan sempurna pada kempen kelayakan Euro 2024, awal pagi tadi.

Bos England, Gareth Southgate melakukan kejutan apabila meletakkan pertahanan kanan Liverpool, Alexander-Arnold di bahagian tengah pada aksi di Stadium Nasional Ta'Qali.

Alexander-Arnold membalas kepercayaan Southgate dengan membantu mencipta gol pertama England - gol sendiri menerusi Ferdinando Apap – sebelum menjaringkan gol kedua antarabangsanya menerusi rembatan kencang jarak jauh.

Sepakan penalti Harry Kane membolehkannya mengumpul 56 gol bersama England ketika penjaring gol terbanyak Three Lions itu meraih penampilan ke-50 buat negaranya.

Callum Wilson menyempurnakan tendangan penalti lewat aksi bagi gol keduanya bersama England sekali gus memastikan jurang kemenangan itu tampak tepat menggambarkan dominasi pasukannya.

Pemain tengah England, Trent Alexander-Arnold (kiri) berusaha mengekang kemaraan penyerang Malta, Jodi Jones pada aksi kelayakan Euro 2024 di Stadium Nasional Ta'Qali, Malta awal pagi tadi. – Foto AFP

"Sudah tentu kami sedar kami mempunyai kualiti untuk memenangi perlawanan ini dan kemudian ia mengenai mentaliti. Saya fikir ia amat cemerlang sejak sepak mula," kata Southgate.

England menghuni tangga teratas Kumpulan C selepas kemenangan ketiga berturut-turut susulan kemenangan mereka ke atas Itali dan Ukraine pada Mac lalu.

Dengan dua pasukan teratas layak ke Kejohanan Eropah di Jerman, anak buah Southgate akan melayan kunjungan Macedonia Utara di Old Trafford Isnin ini mengintai peluang untuk mencerahkan peluang layak.

Hanya 19 hari selepas musim Liga Perdana Inggeris berakhir dan kurang seminggu selepas Manchester City memenangi Liga Juara-Juara, pemain England yang kepenatan terpaksa melupakan rancangan untuk bercuti dengan fokus kepada dua lagi perlawanan kelayakan.

Bintang City, Phil Foden, Jack Grealish, Kyle Walker, Kalvin Phillips dan John Stones semuanya berada di bangku simpanan selepas kejayaan mereka meraih tiga kejuaraan. – AFP

Reaksi pengendali England, Gareth Southgate. - Foto Reuters
Reaksi pengendali England, Gareth Southgate. - Foto Reuters

Penyerang Malta, Jodi Jones (kiri) diasak pemain tengah England, Declan Rice. - Foto AFP
Penyerang Malta, Jodi Jones (kiri) diasak pemain tengah England, Declan Rice. - Foto AFP

Penyerang England, Marcus Rashford (kiri) dikekang pemain tengah Malta, Nikolai Muscat. - Foto AFP
Penyerang England, Marcus Rashford (kiri) dikekang pemain tengah Malta, Nikolai Muscat. - Foto AFP

Berita Harian X