Isnin, 12 Jun 2023 | 8:22am
Pemain tengah Manchester City, Rodri dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Semusim Liga Juara Juara bagi kempen 2022-23. Foto REUTERS
Pemain tengah Manchester City, Rodri dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Semusim Liga Juara Juara bagi kempen 2022-23. Foto REUTERS

Rodri Pemain Terbaik Liga Juara Juara

LONDON: Pemain tengah Manchester City, Rodri dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Juara Juara bagi kempen 2022-23.

Pemain berusia 26 tahun itu meledak gol kemenangan buat Manchester City ketika menewaskan Inter Milan 1-0 untuk merangkul Liga Juara Juara buat kali pertama.

Rodri hanya diketepikan dalam satu sahaja perlawanan Liga Juara Juara pada musim ini dan berjaya menjaringkan dua gol.

Persembahan hebatnya pada aksi final turut membolehkan dia bergelar Pemain Terbaik Perlawanan.

Penyerang Napoli, Khvicha Kvaratskhelia dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik Liga Juara Juara.

Pemain berusia 22 tahun itu memenangi gelaran Serie A dan juga menggondol gelaran Pemain Terbaik Serie A.

Pasukan Terbaik Liga Juara Juara

Penjaga gol: Thibaut Courtois (Real Madrid)

Pertahanan: Kyle Walker (Man City), Ruben Dias (Man City), Alessandro Bastoni (Inter), Federico Dimarco (Inter)

Pemain tengah: John Stones (Man City), Kevin De Bruyne (Man City), Rodri (Man City)

Penyerang: Bernardo Silva (Man City), Erling Haaland (Man City), Vinicius Junior (Real Madrid)

-REUTERS

Berita Harian X