Jumaat, 19 Mei 2023 | 9:22am
Pergaduhan antara penyokong West Ham dan AZ Alkmaar tercetus selepas aksi separuh akhir Liga Konferens Eropah di Stadium AFAS, Alkmaar, Belanda. - Foto AGENSI
Pergaduhan antara penyokong West Ham dan AZ Alkmaar tercetus selepas aksi separuh akhir Liga Konferens Eropah di Stadium AFAS, Alkmaar, Belanda. - Foto AGENSI

Aksi Liga Konferens dicemari keganasan penyokong

THE HAGUE, Belanda: Penyokong kelab Belanda, AZ Alkmaar menyerang polis anti-rusuhan dan penyokong lawan selepas tewas 1-0 di tangan West Ham United pada aksi separuh akhir Liga Konferens Eropah.

Penyokong AZ menyerbu ke tempat duduk utama di Stadium AFAS sejurus selepas wisel penamat, sebelum bergaduh dengan penyokong West Ham yang meraikan kemenangan.

"Penyokong berkenaan duduk di belakang gol AZ dan melepasi pagar ke tempat duduk utama untuk menyerang penyokong West Ham yang meraikan kejayaan," media Belanda melaporkan.

Kapten West Ham, Declan Rice meraikan kejayaan menewaskan AZ Alkmaar pada separuh akhir Liga Konferens Eropah di Stadium AFAS, Alkmaar, Belanda. - Foto REUTERS
Kapten West Ham, Declan Rice meraikan kejayaan menewaskan AZ Alkmaar pada separuh akhir Liga Konferens Eropah di Stadium AFAS, Alkmaar, Belanda. - Foto REUTERS

Beberapa pemain daripada kedua-dua pasukan juga terbabit dalam kekecohan termasuk kapten West Ham, Declan Rice.

Pengendali West Ham, David Moyes berkata, pemain-pemainnya terpaksa campur tangan kerana mahu melindungi keluarga dan rakan-rakan mereka.

Pengendali West Ham, David Moyes ketika aksi separuh akhir Liga Konferens Eropah menentang AZ Alkmaar di Stadium AFAS, Alkmaar, Belanda. - Foto REUTERS
Pengendali West Ham, David Moyes ketika aksi separuh akhir Liga Konferens Eropah menentang AZ Alkmaar di Stadium AFAS, Alkmaar, Belanda. - Foto REUTERS

"Keluarga dan saudara-mara saya juga berada di tempat duduk penonton," kata Moyes.

Ia adalah insiden terbaru dalam siri keganasan bola sepak di Belanda yang semakin memuncak.

Pemain-pemain West Ham turut meluru ke tempat duduk penonton bagi melindungi keluarga dan rakan-rakan mereka selepas aksi Liga Konferens Eropah menentang AZ Alkmaar di Stadium AFAS, Alkmaar, Belanda. - Foto AGENSI

Ahad lalu, pengadil terpaksa menghentikan perlawanan antara FC Gronigen dan Ajax selepas penyokong Gronigen masuk ke dalam padang dengan bom asap turut dilemparkan.

Dalam insiden lain, pemain tengah Ajax, Davy Klaassen cedera di kepala bulan lalu selepas penyokong Feyenoord membaling pemetik api dari tempat duduk penonton. - AFP

Berita Harian X