Selasa, 25 April 2023 | 8:50pm
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mahu pasukannya terus meningkat dalam baki aksi EPL musim ini. - AFP
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mahu pasukannya terus meningkat dalam baki aksi EPL musim ini. - AFP

Liverpool perlu terus meningkat

LONDON: Masih ada ruang peningkatan buat Liverpool walaupun berdepan prestasi tidak menentu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), kata pengurus Juergen Klopp hari ini ketika mereka mahu mengesahkan tempat ke Eropah musim depan.

Liverpool, kini di kedudukan ketujuh liga, bergelut mencari rentak konsisten musim ini dan tidak di tahap terbaik walaupun menang 3-2 mengatasi Nottingham Forest dan Klopp menyatakan isu utama yang mereka perlu selesaikan.

Skuad kendalian Klopp tidak tewas dalam empat aksi terakhir dan selepas ini akan menentang West Ham United yang masih segar selepas menang 4-0 di Bournemouth ketika skuad kendalian David Moyes naik ke tangga ke-13.

"Kami mesti terus meningkat. Kami tidak boleh bercakap mengenai konsisten selepas menang dua perlawanan, terutama selepas menang yang terakhir itu," kata Klopp menjelang pertemuan awal pagi Khamis ini.

"Pertahanan kami sukar berdepan lambungan bola dalam aksi terakhir. Kami perlu mengambil langkah seterusnya. Kami mesti meneruskannya.

"Ada banyak yang kami suka dalam dua setengah aksi terakhir. Itu cara yang bagus untuk memulakan aksi bola sepak dan menamatkannya." - REUTERS

Berita Harian X