Sabtu, 15 April 2023 | 9:48pm
Penyerang Aston Villa, Ollie Watkins (kiri) menjaringkan gol ketiga pasukannya ketika menentang Newcastle United di Villa Park, Birmingham. - AFP
Penyerang Aston Villa, Ollie Watkins (kiri) menjaringkan gol ketiga pasukannya ketika menentang Newcastle United di Villa Park, Birmingham. - AFP

Villa buka ruang rebut empat tempat teratas EPL

BIRMINGHAM, United Kingdom: Aston Villa membuatkan pemburuan ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) terbuka luas apabila Ollie Watkins meledak dua gol ketika kemenangan selesa 3-0 mengatasi Newcastle sebentar tadi.

Jacob Ramsey juga menemui sasaran ketika pasukan tangga keenam, Villa yang hanya enam mata di belakang Newcastle di tangga ketiga selepas mencatat kemenangan ketujuh daripada lapan perlawanan.

Kekalahan pertama Magpies dalam enam perlawanan bermakna Tottenham boleh sama mata sekiranya menewaskan Bournemouth esok, menjelang pertemuan kedua-dua pasukan minggu depan.

Namun skuad Unai Emery berada pada prestasi terbaik bagi bertarung merebut tempat ke Liga Juara-Juara musim depan apabila mengumpul 22 mata daripada keseluruhan 24.

Kekal di EPL menjadi tugasan pertama Emery apabila dia dilantik pada Oktober dengan Villa hanya satu mata di atas zon penyingkiran. - AFP

Penyerang Aston Villa, Ollie Watkins (tengah) meraikan gol jaringannya bersama rakan ketika menentang Newcastle di Villa Park. - Foto AFP
Penyerang Aston Villa, Ollie Watkins (tengah) meraikan gol jaringannya bersama rakan ketika menentang Newcastle di Villa Park. - Foto AFP

Pemain tengah Aston Villa, Emiliano Buendia (kiri) bersaing dengan penyerang Newcastle, Joelinton. - Foto AFP
Pemain tengah Aston Villa, Emiliano Buendia (kiri) bersaing dengan penyerang Newcastle, Joelinton. - Foto AFP

Berita Harian X