Ahad, 2 April 2023 | 7:53am
John McGinn meledak gol kedua Aston Villa ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea di Stamford Bridge, London. - Foto REUTERS
John McGinn meledak gol kedua Aston Villa ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea di Stamford Bridge, London. - Foto REUTERS

Potter enggan salahkan sesiapa

LONDON: Pengendali Chelsea, Graham Potter berkata dia bertanggungjawab di atas kekalahan 2-0 kepada Aston Villa di laman sendiri yang kini meletakkan The Blues dalam kelompok bawah Liga Perdana Inggeris.

Ollie Watkins meletakkan Villa di depan (m-18) sebelum rembatan John McGinn, yang menyerlah ketika Scotland mengejutkan Sepanyol dalam kelayakan Euro 2024, menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-56.

Keputusan di Stamford Bridge itu membolehkan Villa memintas tuan rumah untuk melonjak ke tangga kesembilan, manakala Chelsea tergelincir ke tangga ke-11 - di bawah seteru tetangga, Fulham, dan lima mata di belakang kelayakan untuk saingan Eropah.

"Saya tidak suka menyalahkan sesiapa, saya perlu bertanggungjawab. Kami memahami perasaan penyokong... saya faham apabila tewas di laman sendiri, orang akan kecewa dan marah.

"Kedudukan kami dalam liga sekarang, tidak ada sesiapa yang gembira dengannya. Apa saja kritikan, saya perlu terima," kata Potter yang pasukannya dicemuh penyokong sendiri sebaik tamat perlawanan.

Pengendali Chelsea, Graham Potter memberi arahan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa di Stamford Bridge, London. - Foto AFP
Pengendali Chelsea, Graham Potter memberi arahan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa di Stamford Bridge, London. - Foto AFP

Chelsea sekali lagi menerima pada di atas ketumpulan jentera serangannya. Mereka mempunyai 27 percubaan tepat berbanding hanya lima daripada Villa - tetapi kelab Birmingham itu memanfaatkan dua daripadanya.

Ia adalah kemenangan kelima Villa di tempat lawan sejak Unai Emery menjadi pengendali pada Oktober, dan mereka kini hanya satu mata di belakang Liverpool yang berada di tangga kelapan.

Watkins antara tonggak yang membantu deretan keputusan cemerlang Villa, menjaringkan 10 gol musim ini dan tampil lebih berkesan sejak Emery menggantikan Steven Gerrard. - AFP

Reaksi pengendali Aston Villa, Unai Emery ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea di Stamford Bridge, London. - Foto REUTERS
Reaksi pengendali Aston Villa, Unai Emery ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea di Stamford Bridge, London. - Foto REUTERS

Ollie Watkins membuka jaringan untuk Aston Villa ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea di Stamford Bridge, London. - Foto REUTERS
Ollie Watkins membuka jaringan untuk Aston Villa ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea di Stamford Bridge, London. - Foto REUTERS

Berita Harian X