Isnin, 27 March 2023 | 5:42pm
Pemain skuad Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi (kanan) dan Endrick dos Santos cedera dan tidak dapat beraksi selama seminggu . - Foto FB FAM
Pemain skuad Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi (kanan) dan Endrick dos Santos cedera dan tidak dapat beraksi selama seminggu . - Foto FB FAM

Arif Aiman, Santos tersisih seminggu

JOHOR BAHRU: Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta'zim (JDT), Alistair Edwards mengesahkan kecederaan yang dialami oleh Arif Aiman Hanapi dan Endrick Dos Santos sudah dimaklumkan kepada pihaknya oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Arif Aiman dan Endrick tidak dapat beraksi untuk tempoh selama seminggu. Arif pertama kali melaporkan kecedederaan pangkal paha (harmstring) kepada doktor skuad kebangsaan sebelum perlawanan menentang Turkmenistan, Khamis lalu.

"Endrick pula mengalami kecederaan ketika beraksi menentang Turkmeninstan dan terpaksa dikeluarkan pada masa kedua akibat kecederaan buku lali.

"Doktor pasukan kebangsaaan mengesahkan pada Ahad, kedua-dua pemain ini tidak dapat diturunkan untuk perlawanan menentang Hong Kong. JDT memohon untuk dua pemain ini dilepaskan kepada kelab memandangkan panggilan skuad kebangsaan tamat esok," katanya.

Edwards berkata, pengurusan JDT akan memantau memantau kedua-dua pemain itu dengan lebih baik dan merawat mereka supaya boleh pulih dan kembali ke tahap kecergasan sepenuhnya untuk tempoh yang lebih lama.

Katanya, tiada guna untuk kedua-dua pemain itu kekal di kem latihan pusat apabila mereka sudah pasti tidak beraksi dalam perlawanan skuad kebangsaan selain mengalami kecederaan yang membantutkan mereka menyertai aksi Harimau Malaya.

"JDT mengucapkan terima kasih kepada pasukan kebangsaan kerana bersetuju adalah yang terbaik untuk Arif dan Endrick meneruskan rawatan mereka dengan kami agar lebih bersedia untuk perlawanan-perlawanan kelab dan skuad kebangsaan yang akan datang," katanya.

Berita Harian X