Ahad, 26 March 2023 | 6:39pm
Dua pemain skuad kebangsaan, Arif Aiman Hanapi (kanan) dan Endrick dos Santos. - Foto FB FAM
Dua pemain skuad kebangsaan, Arif Aiman Hanapi (kanan) dan Endrick dos Santos. - Foto FB FAM

Arif Aiman, Dos Santos tak beraksi jumpa Hong Kong

KUALA LUMPUR: Dua pemain skuad kebangsaan iaitu Arif Aiman Hanapi dan Endrick dos Santos dilepaskan daripada kem latihan pusat selepas kedua duanya didapati mengalami kecederaan.

Perkembangan itu disahkan jurulatih, Kim Pan Gon menerusi satu kenyataan di laman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

"Dengan situasi terkini itu, Arif Aiman dan Endrick sah tidak dapat diturunkan untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong pada Selasa, 28 Mac 2023.

"Pegawai dan pasukan perubatan FAM sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemainnya dan bersetuju untuk melepaskan Arif Aiman dan Endrick ​​dari kem latihan pusat.

"Ini supaya mereka dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini. Dengan ketiadaan Arif Aiman dan Endrick, baki 25 pemain lain akan meneruskan kem latihan pusat ini dan tiada penambahan pemain baharu," kata Pan Gon.

Berita Harian X