Sabtu, 11 March 2023 | 10:36pm
Reaksi kecewa penjaga gol Liverpool, Alisson Becker selepas pasukannya tewas kepada Bournemouth. - REUTERS
Reaksi kecewa penjaga gol Liverpool, Alisson Becker selepas pasukannya tewas kepada Bournemouth. - REUTERS
Pemain Bournemouth, Marcos Senesi (kiri) bersaing dengan penyerang Liverpool, Mohamed Salah. - Foto EPA
Pemain Bournemouth, Marcos Senesi (kiri) bersaing dengan penyerang Liverpool, Mohamed Salah. - Foto EPA

Pesta Liverpool belasah United berakhir

LONDON: Pesta 'besar-besaran' Liverpool membelasah Manchester United 7-0, Isnin lalu berakhir selepas The Reds tewas mengejut 1-0 kepada pasukan bawahan, Bournemouth sebentar tadi.

Kekalahan di Stadium Vitality itu menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp gagal meneruskan rentak kemenangan dalam dua perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas turut menewaskan Wolves 2-0, Khamis lalu.

Liverpool yang juga juara 19 kali dilihat lebih banyak mengasak kubu lawan sepanjang 25 minit pertama, namun ketumpulan jentera serangan untuk menyempurnakan beberapa peluang menyaksikan tiada jaringan terhasil.

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah gagal menyudahkan sepakan penalti ketika menentang Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris. - AFP
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah gagal menyudahkan sepakan penalti ketika menentang Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris. - AFP

Sebaliknya, Bournemouth terlebih dahulu membuka tirai jaringan hasil ledakan Philip Billing yang menyempurnakan hantaran Dango Ouattara yang berpunca daripada satu serangan balas pada minit ke-28.

Mohamed Salah melepaskan peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan buat Liverpool apabila gagal menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-69 selepas bola terkena tangan, Adam Smith.

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah (dua dari kanan) dikepung pemain Bournemouth. - Foto AFP
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah (dua dari kanan) dikepung pemain Bournemouth. - Foto AFP

Kebuntuan jaringan The Reds berterusan hingga penghujung permainan sebelum mereka terpaksa akur dengan kekalahan memalukan di tangan Bournemouth.

Reaksi pengendali Liverpool, Juergen Klopp ketika pasukan bimbingannya tewas menentang Bournemouth.
Reaksi pengendali Liverpool, Juergen Klopp ketika pasukan bimbingannya tewas menentang Bournemouth.

Kekalahan kelapan yang dicatat Liverpool selepas 26 perlawanan dalam liga musim ini menyaksikan The Reds kekal di kedudukan kelima dengan 42 mata.

Bournemouth yang sebelum ini berada di tangga tercorot pula berjaya keluar dari zon penyingkiran dan mendaki ke kedudukan ke-16 dengan mengumpul 24 mata. - AGENSI

Berita Harian X