Isnin, 6 March 2023 | 8:28am
Bekas pemain Manchester United, Roy Keane menyelar prestasi bekas pasukannya ketika kekalahan 7-0 di tangan Liverpool di Anfield. - Foto AGENSI
Bekas pemain Manchester United, Roy Keane menyelar prestasi bekas pasukannya ketika kekalahan 7-0 di tangan Liverpool di Anfield. - Foto AGENSI

Keane gesa pemain Man United 'menyorok'

LIVERPOOL: Roy Keane menyelar Manchester United selepas kekalahan 7-0 yang memalukan di tangan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield.

The Reds meledak enam gol di babak kedua untuk membelasah skuad kendalian Erik ten Hag yang hanya tewas sekali dalam 22 perlawanan sebelum ini.

Bekas pemain United yang kini menjadi pengulas sukan itu berkata, pemain-pemain tidak mempunyai semangat juang dan patut merasa malu.

"Ia hari yang sangat teruk, amat mengejutkan. Permainan sudah berakhir di awal babak kedua.

"Pemain-pemain senior amat memalukan. Mereka tidak menunjukkan kemahiran sebagai pemimpin. Mengejutkan. Hari yang sukar buat United.

"Mujurlah saya bukan sebahagian daripada pasukan yang dibelasah sebegitu teruk ketika di United.

"Pemain-pemain sepatut berasa malu. Ketika cabaran semakin sukar, mereka terus hilang. Mereka tidak menunjukkan maruah, atau semangat juang.

"Pemain-pemain bintang, yang kami bentuk, semuanya mengecewakan. Jika dibelasah enam atau tujuh, anda patut menyorok beberapa hari.

Bekas pemain Manchester United, Roy Keane menyelar aksi penjaga gol, David De Gea ketika kekalahan 7-0 di tangan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield. - Foto REUTERS
Bekas pemain Manchester United, Roy Keane menyelar aksi penjaga gol, David De Gea ketika kekalahan 7-0 di tangan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield. - Foto REUTERS

"Saya akan menghilangkan diri untuk beberapa bulan. Saya tidak tahu nak kata apa, saya amat terkejut," kata Keane.

Pengulas itu begitu yakin pasukannya akan menang dan hampir ketawa apabila rakan pengulasnya, Graeme Souness meramalkan kemenangan tuan rumah.

Keane turut melabelkan persembahan penjaga gol, David De Gea sebagai budak sekolah, manakala Gary Neville berang dengan prestasi bekas pasukannya, terutama Bruno Fernandes.

Kapten Manchester United, Bruno Fernandes membuat percubaan ke arah gawang Liverpool ketika aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield. - Foto REUTERS
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes membuat percubaan ke arah gawang Liverpool ketika aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield. - Foto REUTERS

"Babak kedua amat memalukan dan kucar-kacir. Ia berpunca daripada kapten Bruno Fernandes.

"Ia bukan persembahan atau semangat yang biasa mereka pamerkan. Ten Hag akan menanganinya seperti yang dilakukan dalam situasi sukar sebelum ini," kata Neville. - AGENSI

Berita Harian X