Ahad, 12 Februari 2023 | 9:02am
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta (kanan) menganggap jaringan penyamaan pemain Brentford sepatutnya dibatalkan kerana ofsaid. - Foto REUTERS
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta (kanan) menganggap jaringan penyamaan pemain Brentford sepatutnya dibatalkan kerana ofsaid. - Foto REUTERS

Arteta persoal keputusan pengadil

LONDON: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mendakwa pengadil "menukar peraturan" dan berkata jaringan penyamaan Brentford sepatutnya dibatalkan kerana ofsaid.

Arteta berang selepas tandukan kontroversi Ivan Toney membolehkan Brentford mengikat pendahulu Liga Perdana Inggeris itu 1-1.

Arsenal membuka jaringan menerusi gol pertama Leandro Trossard untuk kelab baharunya di Stadium Emirates.

The Gunners tewas kepada Everton minggu lalu dan keputusan seri kali ini meletakkan mereka hanya enam mata di depan Manchester City yang berada di tangga kedua.

Pemain Brentford, Ivan Toney (tengah) menanduk masuk gol penyamaan ketika menentang Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London. - Foto REUTERS
Pemain Brentford, Ivan Toney (tengah) menanduk masuk gol penyamaan ketika menentang Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London. - Foto REUTERS

City akan melayan kunjungan Aston Villa malam ini sebelum juara bertahan itu bertandang ke Arsenal pada Rabu.

Sedar dengan tekanan ke atas pasukannya, yang sebelum ini tewas kepada City dalam saingan Piala FA, Arteta jelas kecewa dengan jaringan Toney.

Gol berkenaan kekal walaupun diperiksa berulang kali menerusi ulang tayang VAR bagi memastikan sama ada Ethan Pinnock berada di kedudukan ofsaid.

"Saya baru lihat kembali dan ia ofsaid. Anda tidak boleh menghalang jika berada di kedudukan ofsaid. Sudah terlambat, tidak mengapa, gol dibenarkan dan kami kehilangan dua mata," kata Arteta.

Pemain Arsenal, Leandro Trossard menjaringkan gol ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Brentfod di Stadium Emirates, London. - Foto AFP
Pemain Arsenal, Leandro Trossard menjaringkan gol ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Brentfod di Stadium Emirates, London. - Foto AFP

Arteta akan membawa perkara ini kepada bos Liga Perdana Inggeris memandangkan ia keputusan penting dalam usaha Arsenal memburu gelaran liga pertama sejak tahun 2004.

"Kami sering menilai perlawanan dengan mereka (Liga Perdana) dan kami memberikan pendapat kami. Tetapi ia sudah terlambat.

"Mereka mungkin akan memberikan penjelasan di akhir minggu depan. Hari ini belum ada apa-apa.

"Anda perlu mempunyai prinsip dalam bertahan dan ia dilakukan dengan berpegang kepada peraturan, tiba-tiba peraturan bertukar dan anda terpaksa menukar prinsip itu," katanya. - AFP

Reaksi pemain Arsenal, Leandro Trossard selepas meledak gol ketika menentang Brentford. - Foto AP
Reaksi pemain Arsenal, Leandro Trossard selepas meledak gol ketika menentang Brentford. - Foto AP

Berita Harian X