Sabtu, 4 Februari 2023 | 8:04am
Hakim Ziyech (kiri) gagal menyertai Paris Saint-Germain selepas Chelsea tersilap menghantar dokumen pada hari terakhir jendela perpindahan Januari. - Foto EPA
Hakim Ziyech (kiri) gagal menyertai Paris Saint-Germain selepas Chelsea tersilap menghantar dokumen pada hari terakhir jendela perpindahan Januari. - Foto EPA

Chelsea tidak mampu "beli" gol

LONDON: Chelsea masih menanti hasil daripada pelaburan yang memecahkan rekod dunia dalam pasaran perpindahan apabila diikat 0-0 oleh Fulham awal pagi tadi.

Enzo Fernandez membuat penampilan sulungnya untuk Chelsea selepas menjadi pemain termahal dalam bola sepak British dengan perpindahan bernilai 107 juta pound (RM549.3 juta) dari Benfica pada hari terakhir jendela perpindahan.

Mykhailo Mudryk turut memulakan aksi di Stamford Bridge, manakala Noni Madueke dan David Datro Fofana masuk sebagai pemain gantian untuk penampilan sulung mereka di Liga Perdana Inggeris.

Enzo Fernandez membuat penampilan sulungnya untuk Chelsea ketika menentang Fulham di Stamford Bridge. - Foto REUTERS
Enzo Fernandez membuat penampilan sulungnya untuk Chelsea ketika menentang Fulham di Stamford Bridge. - Foto REUTERS

Chelsea memecahkan rekod dengan pelaburan melebihi 300 juta pound (RM1.54 bilion) sepanjang jendela perpindahan Januari menjadikan jumlah keseluruhan dibelanjakan pemilik baharu pada musim pertamanya melebihi setengah bilion pound (RM2.57 bilion)

Pemilik bersama, Todd Boehly dan Behdad Eghbali menyaksikan perlawanan awal pagi tadi, tetapi pasti pulang hampa selepas sekali lagi gagal untuk merapatkan jurang dengan kelompok empat teratas liga.

Skuad kendalian Graham Potter kini berada di tangga kesembilan liga, sembilan mata di belakang tempat kelayakan terakhir ke Liga Juara-Juara Eropah.

Kai Havertz (kiri) tidak cukup tajam untuk membolosi gawang Fulham ketika aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. - Foto AFP
Kai Havertz (kiri) tidak cukup tajam untuk membolosi gawang Fulham ketika aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. - Foto AFP

Fulham berjaya merakam kemenangan pertama mereka dalam pertemuan tetangga London Barat sejak tahun 2006 apabila kedua-dua pasukan bertemu tiga minggu lalu.

Anak buah Marco Silva kini berada dua mata dan tiga anak tangga di atas pesaing mereka itu selepas kembali ke liga utama musim ini.

Pemain pertahanan Chelsea, Benoit Badiashile (kiri) dan Thiago Silva (kanan) mengekang penyerang Fulham Bobby Decordova-Reid. - Foto AFP
Pemain pertahanan Chelsea, Benoit Badiashile (kiri) dan Thiago Silva (kanan) mengekang penyerang Fulham Bobby Decordova-Reid. - Foto AFP

Fulham begitu hampir untuk merakam kemenangan kedua berturut-turut dalam aksi liga ke atas Chelsea apabila Andreas Pereira membuat percubaan namun diselamatkan Kepa Arrizabalaga.

Walaupun berbelanja besar, ketiadaan penjaring prolifik sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Chelsea.

Kai Havertz mempunyai tiga peluang keemasan untuk memecah kebuntuan sebelum rehat, terutama menerusi hantaran Hakim Ziyech yang berjaya menembusi benteng Fulham.

Ziyech hampir menjadi pemain Paris Saint-Germain minggu ini namun Chelsea tersilap menghantar dokumen di minit-minit akhir jendela perpindahan pada Selasa. - AFP

Penjaga gol, Bernd Leno (tengah) bertindak cemerlang menyelamat gawang Fulham. - Foto EPA
Penjaga gol, Bernd Leno (tengah) bertindak cemerlang menyelamat gawang Fulham. - Foto EPA

Berita Harian X