LONDON: Liverpool akan menjunam menghampiri zon penyingkiran jika Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak wujud.
Tottenham pula akan mengatasi Manchester United ke kedudukan empat teratas.
Itulah ramalan pada kedudukan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang lama - tanpa keputusan penting yang dibuat selepas melihat semula rakaman VAR.
ESPN mengumpulkan insiden berkenaan dengan Arsenal dikatakan hanya memiliki kelebihan tiga mata di depan Manchester City berbanding lima ketika ini.
Spurs boleh melompat dari kedudukan kelima ke tangga ketiga, menyingkirkan United dari tempat ke Liga Juara-Juara.
Sebaliknya Liverpool paling teruk selepas mengambil kira apa yang berlaku.
Skuad Jurgen Klopp boleh berterima kasih kepada VAR kerana dapat berada di kedudukan kesembilan berbanding 11 dan enam mata dari zon penyingkiran.
Selain itu, Liverpool berada di kedudukan teratas pungutan mata daripada keputusan dibuat VAR - mengumpul enam mata.
Ia diikuti Aston Villa dengan empat manakala United, Brentford dan Crystal Palace masing-masing tiga.
Leeds paling rugi disebabkan VAR dengan lima mata dipotong.
Bagaimanapun data berkenaan menunjukkan VAR mendatangkan impak besar.
Kelebihan rakaman semula membabitkan Liverpool termasuk tiga insiden besar.
Satu antaranya VAR membenarkan satu daripada dua gol Roberto Firmino selepas sebelumnya diberikan ofsaid terhadap Mo Salah ketika seri 3-3 berdepan Brighton pada Oktober. - Agensi