KUALA LUMPUR: Selangor akan berentap menentang Penang FC untuk menentukan juara Piala Harapan di Stadium Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang malam esok.
Ia selepas skuad kendalian Tan Cheng Hoe menewaskan skuad Kenari 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol pada aksi yang bermula lewat akibat hujan lebat malam tadi.
Perlawanan itu jelas mendapat tumpuan ramai apatah lagi, ia menemukan kembali Nafuzi Zain dan anak didiknya, Faisal Abdul Halim selepas kedua-duanya yang bersama di Terengganu FC musim lalu, mencari haluan baharu di Kedah dan Selangor musim ini.
Pada aksi pertama kelmarin, skuad tuan rumah Penang FC yang dikendalikan Manzoor Azwira Abdul Wahid mara ke final selepas membelasah kelab Singapura, Geylang International FC 4-0.