Khamis, 12 Januari 2023 | 9:26am
Paris Saint-Germain merekodkan pembayaran gaji 643 juta pound (RM3.41 bilion) setahun pada musim lalu. - Foto REUTERS
Paris Saint-Germain merekodkan pembayaran gaji 643 juta pound (RM3.41 bilion) setahun pada musim lalu. - Foto REUTERS

PSG rekod bayaran gaji tertinggi

PARIS: Paris Saint-Germain merekodkan pembayaran gaji tertinggi dengan pembelian Lionel Messi dan pemain-pemain lain musim lalu - mencecah perbelanjaan 643 juta pound (RM3.41 bilion) setahun.

Pembayaran gaji kelab Perancis itu melonjak 45 peratus selepas mereka menandatangani Messi, Sergio Ramos, Achraf Hakimi dan beberapa pemain lain pada permulaan kempen 2021-22.

Messi dilaporkan menerima 25.6 juta pound (RM136 juta) tahun lalu, selain Kylian Mbappe dan Neymar yang turut menerima gaji lumayan di PSG.

Pembayaran gaji oleh PSG musim lalu adalah jumlah tertinggi untuk mana-mana kelab bola sepak, dan mereka merekodkan kerugian 326 juta pound (RM1.73 bilion) dalam laporan kewangan terakhir kelab.

Pada September, PSG didenda 56 juta pound (RM297.2 juta) oleh UEFA kerana melanggar peraturan Fair Play Kewangan (FFP).

Rekod sebelum ini dipegang oleh Barcelona dengan jumlah 478 juta pound (RM2.54 bilion) setahun, di mana Messi antara pemainnya pada tahun 2019.

Tahun sebelum itu turut dipegang Barcelona dengan jumlah bayaran gaji 466 juta pound (RM2.47 bilion).

Senarai gaji tertinggi di PSG

Kylian Mbappe - 1.22 juta pound (RM6.48 juta) seminggu

Lionel Messi - 1.08 pound (RM5.73 juta) seminggu

Neymar - 957,000 pound (RM5.08 juta) seminggu

Sergio Ramos - 463,000 pound (RM2.46 juta) seminggu

Marco Verratti - 340,000 pound (RM1.80 juta) seminggu

Gianluigi Donnarumma - 309,000 pound (RM1.64 juta) seminggu

- AGENSI

Berita Harian X