Pemain Malaysia, Safawi Rasid cuba melepasi pemain Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto NSTP/Aswadi Alias
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon menyifatkan pasukannya masih belum selamat selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Thailand dalam aksi separuh pertama akhir Piala AFF 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.
Pengendali dari Korea Selatan itu menjelaskan bahawa barisan pemainnya perlu tampil dengan corak permainan lebih baik pada aksi timbal balik di Bangkok, Selasa ini.
Dia bagaimanapun sangat berbangga dengan persembahan barisan pemainnya walaupun membawa bekalan tipis ke gelanggang lawan.
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan Gon memberi arahan kepada pemainnya ketika aksi menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - NSTP/Aswadi Alias
Pemain Skuad Harimau Malaya meraikan kemenangan selepas berjaya menewaskan Thailand 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto BERNAMA
"Saya sangat bangga dengan semua pemain dan tahniah kepada mereka. Saya fikir malam ini penyokong juga bangga dengan pemain Harimau Malaya.
"Kami sangat menghargai sokongan dari seluruh peminat yang mencetuskan festival di stadium.
"Namun, ini belum penamat untuk aksi separuh akhir dan kami perlu menampilkan persembahan lebih baik dalam aksi kedua nanti," katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Faisal Halim muncul wira skuad Harimau Malaya apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-11 memberi bekalan penting buat skuad Pan Gon, sekali gus menjadi hadiah hari lahir bermakna buat penyerang baharu Selangor itu.
Pemain Malaysia, Sharul Nazeem Zulpakar (kiri) cuba melepasi pemain Thailand, Sarach Yooyen pada aksi separuh akhir Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Aswadi Alias
Pemain Malaysia, V Ruventhiran cuba melepasi pemain Thailand pada aksi separuh akhir Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Aswadi Alias
Safawi Rasid mengasak pemain Thailand, Bordin Phala pada aksi separuh akhir Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Aswadi Alias
Gelagat penyokong yang hadir bagi menyaksikan Piala AFF 2022 di Stadium National Bukit Jalil. - NSTP/Aswadi Alias
Penyokong Harimau Malaya termasuk penyokong Thailand membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Aswadi Alias
Penyokong Harimau Malaya hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala AFF 2022. - NSTP/Aswadi Alias