Sabtu, 7 Januari 2023 | 10:55pm
 Pemain Harimau Malaya, Darren Lok bersaing dengan pemain Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto NSTP/Aswadi Alias
Pemain Harimau Malaya, Darren Lok bersaing dengan pemain Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto NSTP/Aswadi Alias

'Perjuangan belum berakhir, kami akan bangkit di Bangkok'

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking menegaskan bahawa perjuangan pasukannya di Piala AFF 2022 masih belum berakhir walaupun tewas 0-1 kepada Malaysia dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Malah, dia percaya bahawa barisan pemainnya akan bangkit pada aksi separuh akhir kedua yang akan berlangsung di Bangkok, Selasa ini.

Faisal Halim (kanan) mengasak pemain Thailand, Theerathon Bunmathan pada aksi separuh akhir Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - NSTP/Aswadi Alias
Faisal Halim (kanan) mengasak pemain Thailand, Theerathon Bunmathan pada aksi separuh akhir Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - NSTP/Aswadi Alias

Dia bagaimanapun mengakui sukar untuk menerima kekalahan tipis berdepan skuad Harimau Malaya selepas skuad Gajah Perang lebih menguasai permainan.

"Ia belum berakhir, kami akan lakukan apa sahaja yang boleh dan sebenarnya sukar untuk menerima kekalahan seperti ini.

Pemain Malaysia, V Ruventhiran cuba melepasi pemain Thailand pada aksi separuh akhir Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - NSTP/Aswadi Alias
Pemain Malaysia, V Ruventhiran cuba melepasi pemain Thailand pada aksi separuh akhir Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - NSTP/Aswadi Alias

"Namun, inilah bola sepak, Malaysia memberi saingan yang hebat, atmosfera stadium yang bagus dan kami menguasai permainan, tapi kami kalah," katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Thailand yang juga juara bertahan memburu kejuaraan ketujuh Piala AFF dengan mereka tidak pernah kalah dalam aksi peringkat Kumpulan A sebelum ini.

Berita Harian X