Sabtu, 7 Januari 2023 | 9:26pm
Pemain negara, Faisal Halim (tiga kiri) meraikan jaringannya minit ke-11 bersama rakan sepasukan pada babak pertama aksi separuh akhir pertama saingan Piala AFF 2022 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. - NSTP/Aswadi Alias

Malaysia dahului Thailand 1-0 separuh masa

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mendahului Thailand 1-0 selepas berakhir babak pertama bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Skuad Harimau Malaya tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila penyerang lincah, Faisal Halim menyudahkan umpanan V Ruventhiran pada minit ke-11.

Thailand yang juga juara bertahan, cuba bangkit mendapatkan jaringan penyamaan, bagaimanapun beberapa gerakan yang diatur mereka berjaya dipatahkan barisan pertahanan skuad Harimau Malaya diketuai Brendan Gan.

Skuad bimbingan Kim Pan Gon yang dilihat lebih banyak mengharapkan serangan balas mendapat peluang terbaik untuk menambah jaringan pada minit ke-28, tetapi percubaan Quentin Cheng pula sedikit melepasi palang gol.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan pengadil

Separuh masa kedua disambung sebentar lagi.

Pemain Malaysia, Safawi Rasid mengasak pemain Thailand, Bordin Phala pada aksi separuh akhir Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Aswadi Alias

Faisal Halim (kanan) mengasak pemain Thailand, Theerathon Bunmathan pada aksi separuh akhir pertama saingan Piala AFF 2022 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - NSTP/Aswadi Alias

Faisal Halim cuba melepasi pemain Thailand pada aksi separuh akhir pertama saingan Piala AFF 2022 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - NSTP/Aswadi Alias

Pemain Malaysia, V Ruventhiran cuba melepasi pemain Thailand pada aksi separuh akhir Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Aswadi Alias

Berita Harian X