MANCHESTER, United Kingdom: Marcus Rashford meledak gol dalam perlawanan kelima berturut-turut ketika Manchester United menewaskan Everton 3-1 pada pusingan ketiga Piala FA hari ini yang meneruskan tekanan terhadap Frank Lampard.
Everton berkunjung ke Old Trafford selepas masuk ke zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini berikutan kekalahan 4-1 di laman sendiri kepada Brighton.
Mereks membuat permulaan yang teruk dengan penyerang Brazil, Antony menjaringkan gol pertama pada minit keempat namun menyamakan kedudukan 10 minit kemudian selepas Conor Coady mengambil peluang kesilapan penaga gol United, David de Gea.
Bagaimanapun pertahanan Everton itu menjaringkan gol sendiri pada awal babak kedua yang kembali memberikan kelebihan buat tuan rumah.
Rashford menambah kelebihan tuan rumah pada minit-minit akhir apabila meledak penalti yang mengekalkan rekod jaringan setiap perlawanan selepas Piala Dunia.
Rashford, berkata prestasinya di depan gawang menyamai tahap terbaik dalam kariernya.
Penyerang England itu juga berkata pemain terdesak untuk menamatkan kemarau trofi kelab itu yang berlanjutan sejak 2017.
"Kami mahu berada di final dan perlawanan terbesar," katanya. "Kemuncaknya, kami mahu menang kejuaraan dan trofi. Saya harap musim ini kami ada peluang melakukannya."
Skuad Red Devils yang kali terakhir menang 12 daripada Piala FA mereka pada 2016, kini di kedudukan keempat EPL dalam musim pertama kendalian Erik ten Hag serta mara ke suku akhir Piala Liga.
Sementara itu Lampard memuji persembahan pemainnya namun berkata Rashford menjadikan ia berbeza.
"Ia persembahan yang semua pengurus mahukan dengan perwatakan pasukan dan fokus, kini fokus kami ialah Southampton (dalam EPL)," katanya. - AFP