Isnin, 19 Disember 2022 | 2:49am
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe meraikan kejayaannya menjaringkan hatrik ketika menentang Argentina pada aksi final Piala Dunia. - REUTERS
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe meraikan kejayaannya menjaringkan hatrik ketika menentang Argentina pada aksi final Piala Dunia. - REUTERS

Mbappe 8 Messi 7

DOHA: Kylian Mbappe dinobatkan sebagai pemenang anugerah Kasut Emas Piala Dunia 2022 di Qatar.

Penyerang Perancis berusia 23 tahun itu mengakhiri kejohanan dengan menjaringkan lapan dalam tujuh penampilan selepas meledak hatrik pada aksi final menentang Argentina, sebentar tadi.

Argentina muncul juara Piala Dunia buat kali ketiga selepas mengatasi Perancis yang juga juara bertahan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 sehingga tamat masa tambahan.

Mbappe berkelebihan satu gol ke atas Lionel Messi yang menjaringkan gol keenam dan ketujuhnya pada aksi final berkenaan.

Messi memulakan aksi final sebagai pilihan utama untuk meraih anugerah Kasut Emas Piala Dunia 2022.

Messi dan Mbappe terikat dengan lima gol sebelum aksi final itu tetapi Messi mendahului disebabkan lebih banyak melakukan umpanan sepanjang kejohanan.

Bagaimanapun, hatrik Mbappe dalam final itu menyaksikan dia mengatasi Messi untuk menjadi pemain kedua Perancis bergelar penjaring terbanyak Piala Dunia.

Sebelum ini, satu-satu pemain Les Bleus yang mengakhiri kempen Piala Dunia sebagai penjaring terbanyak adalah Just Fontaine yang meledak 13 gol dalam enam perlawanan pada edisi 1958. - Agensi

Senarai penjaring gol

8 gol: Kylian Mbappe (Perancis)

7 gol: Lionel Messi (Argentina)

4 gol: Olivier Giroud (Perancis); Julian Alvarez (Argentina)

3 gol: Richarlison (Brazil); Gonçalo Ramos (Portugal); Enner Valencia (Ecuador); Bukayo Saka (England); Cody Gakpo (Belanda) Netherlands; Alvaro Morata (Sepanyol); Marcus Rashford (England)

2 gol: Ferran Torres (Sepanyol);

Mehdi Taremi (Iran); Andrej Kramaric (Croatia); Mohammed Kudus (Ghana);

Cho Geu-sung (Korea Selatan); Bruno Fernandes (Portugal); Salem Al-Dawsari (Arab Saudi); Ritsu Doan (Jepun);

Kai Havertz (Jerman); Niclas Fullkrug (Jerman); Giorgian de Arrascaeta (Uruguay); Aleksandar Mitrovic (Serbia);

Breel Embolo (Switzerland); Vincent Aboubakar (Cameroon); Robert Lewandowski (Poland); Neymar (Brazil); Wout Weghorst (Belanda); Harry Kane (England); Rafael Leo (Portugal); Youssef En-Nesyri (Maghribi)

Berita Harian X