DOHA: Adrien Rabiot kembali dari sakit dan menjadi salah satu daripada dua pertukaran dalam skuad Perancis bagi perlawanan akhir Piala Dunia 2022 berdepan Argentina yang diketuai Lionel Messi, dengan Angel Di Maria turut berada dalam skuad utama.
Pemain tengah, Rabiot dan bek tengah, Dayot Upamecano kedua-duanya diketepikan daripada pasukan Perancis ketika The Bleus menewaskan Maghribi di separuh akhir selepas dijangkiti virus yang turut menjejaskan anggota skuad Perancis yang lain.
Selebihnya barisan Perancis tidak berubah, dengan bek tengah Raphael Varane boleh bermain walaupun tidak berlatih pada Jumaat susulan gejala seperti selsema.
Sementara itu, Olivier Giroud mengekalkan tempatnya di posisi serangan Perancis dengan Kylian Mbappe di sebelah kiri, walaupun terdapat beberapa cadangan bahawa dia akan bermain di bahagian tengah dan Marcus Thuram diletakkan dalam skuad utama.
Menyenaraikan pemain berpengalaman, Di Maria satu-satunya perubahan dalam pasukan Argentina yang menewaskan Croatia 3-0 pada separuh akhir.
Pemain sayap Juventus itu menggantikan pemain tengah Leandro Paredes, menyertai Messi dan Julian Alvarez dalam tiga pemain di bahagian serangan. - AFP
Senarai kesebelasan utama
Argentina (4-3-3)
Emiliano Martinez (PG), Nahuel Molina, Cristian Romero, Nicolas Otamendi, Nicolas Tagliafico, Rodrigo De Paul, Enzo Fernandez, Alexis Mac Allister, Angel Di Maria, Lionel Messi (kapten), Julian Alvarez
Jurulatih: Lionel Scaloni
Perancis (4-3-3)
Hugo Lloris (kapten), Jules Kounde, Raphael Varane, Dayot Upamecano, Theo Hernandez, Antoine Griezmann, Aurelien Tchouameni, Adrien Rabiot, Ousmane Dembele, Olivier Giroud, Kylian Mbappe
Jurulatih: Didier Deschamps