Ahad, 18 Disember 2022 | 1:10am
Pemain Croatia, Mislav Orsic meraikan gol jaringannya ketika penentuan tempat ketiga Piala Dunia menentang Maghribi di Stadium Antarabangsa Khalifa dekat Doha, Qatar. - AP
Pemain Croatia, Mislav Orsic meraikan gol jaringannya ketika penentuan tempat ketiga Piala Dunia menentang Maghribi di Stadium Antarabangsa Khalifa dekat Doha, Qatar. - AP

Croatia tempat ketiga Piala Dunia 2022

DOHA: Croatia menewaskan Maghribi 2-1 pada penentuan tempat ketiga Piala Dunia sebentar tadi bagi memastikan tiga tempat teratas kejohanan buat kali kedua berturut-turut.

Naib juara pada 2018, Croatia juga berkedudukan ketiga pada Piala Dunia 1998 apabila menewaskan Belanda 2-1.

Josko Gvardiol meletakkan Croatia di depan selepas hantaran daripada bola mati yang baik.

Lovro Majer melambungkan bola buat Ivan Perisic, yang berjaya melarikan diri daripada pemain yang mengawalnya dan menanduk ke tengah sebelum disambar Gvardiol dan bola menerjah gawang.

Namun ia hanya memerlukan dua minit buat Maghribi untuk menyamakan kedudukan juga menerusi sepakan percuma ketika pemain Croatia, Majer cuba mengeluarkan bola tetapi tersilap hantaran yang memberikannya kepada Achraf Dari, yang berseorangan dalam kotak penalti dan menanduk ke gawang.

Pemain pertahanan Croatia, Josko Gvardiol (kanan) dikasari pemain tengah Maghribi, Sofyan Amrabat. - Foto AFP
Pemain pertahanan Croatia, Josko Gvardiol (kanan) dikasari pemain tengah Maghribi, Sofyan Amrabat. - Foto AFP

Croatia meledak jaringan kemenangan tiga minit sebelum rehat babak pertama apabila Mislav Orsic melencongkan bola yang terus ke penjuru.

Mereka mempertahankan kelebihan itu tanpa sebarang tambahan gol pada babak kedua. - REUTERS

Pemain Croatia meraikan kejayaan menewaskan Maghribi. - Foto AFP
Pemain Croatia meraikan kejayaan menewaskan Maghribi. - Foto AFP

Reaksi sebahagian penyokong Croatia selepas wisel penamat dibunyikan. - Foto AP
Reaksi sebahagian penyokong Croatia selepas wisel penamat dibunyikan. - Foto AP

Reaksi pemain Morocco terhadap pengadil perlawanan selepas tamat perlawanan. - Foto AFP
Reaksi pemain Morocco terhadap pengadil perlawanan selepas tamat perlawanan. - Foto AFP

Berita Harian X