AL KHOR, Qatar: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps bercakap mengenai "emosi dan rasa bangga" selepas Les Bleus mara ke final Piala Dunia kedua berturut-turut berikutan kemenangan 2-0 mengatasi Maghribi sebentar tadi.
Juara 2018 itu akan mempertahankan gelaran mereka dengan menentang Argentina pada Ahad ini selepas jaringan gol Theo Hernandez dan Randal Kolo Muani memastikan kemenangan di Stadium Al Bayt.
"Ada banyak perasaan emosi dan bangga," kata jurulatih Perancis yang begitu gembira itu.
"Jelas ia adalah langkah yang penting hari ini dan kini ada satu lagi.
"Kami sudah bersama-sama sejak sebulan yang lalu. Ia tidak pernah menjadi mudah, tapi ada juga – ia sangat gembira setakat ini dan pemain saya mendapat habuan mereka."
Perancis menyasarkan untuk menjadi negara pertama dalam tempoh 60 tahun menang Piala Dunia berturut-turut selepas kejayaan berganda Brazil pada 1958 dan 1962. - REUTERS