Ahad, 11 Disember 2022 | 5:15am
Penyerang Perancis, Olivier Giroud meraikan jaringan kedua pasukannya ketika aksi suku akhir Piala Dunia 2022 menentang England di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar. - Foto AFP
Penyerang Perancis, Olivier Giroud meraikan jaringan kedua pasukannya ketika aksi suku akhir Piala Dunia 2022 menentang England di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar. - Foto AFP

Perancis hantar England pulang

AL KHOR: Tandukan Olivier Giroud 12 minit sebelum tamat permainan mengekalkan misi mempertahankan kejuaraan Perancis di Piala Dunia dengan kemenangan 2-1 ke atas England pada suku akhir.

Aurelien Tchouameni meletakkan Perancis di depan dengan rembatan padu pada minit ke-17 tetapi kemudian dia mengasari Bukayo Saka pada minit ke-54 dan memberikan penalti kepada England.

Penyerang Harry Kane menyempurnakan sepakan berkenaan, menewaskan rakan sepasukan Spurs di gawang Perancis, Hugo Lloris untuk gol penyamaan England.

Giroud menanduk gol kemenangan hasil hantaran Antoine Griezmann tetapi England sekali lagi diberikan sepakan penalti enam minit sebelum tamat permainan.

Pemain England, Harry Kane menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti ketika aksi suku akhir Piala Dunia 2022 menentang Perancis di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar. - Foto REUTERS
Pemain England, Harry Kane menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti ketika aksi suku akhir Piala Dunia 2022 menentang Perancis di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar. - Foto REUTERS

Penjaga gol Perancis, Hugo Lloris menyelamatkan percubaan penyerang England, Harry Kane ketika aksi suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar. - Foto AFP
Penjaga gol Perancis, Hugo Lloris menyelamatkan percubaan penyerang England, Harry Kane ketika aksi suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar. - Foto AFP

Pemain Perancis, Aurelien Tchouameni menjaringkan gol pembukaan ketika aksi suku akhir Piala Dunia 2022 menentang England di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar. - Foto REUTERS
Pemain Perancis, Aurelien Tchouameni menjaringkan gol pembukaan ketika aksi suku akhir Piala Dunia 2022 menentang England di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar. - Foto REUTERS

Kane yang menyamai rekod jaringan terbanyak Wayne Rooney untuk England pada 53 gol, tampil mengambil sepakan berkenaan, namun sepakannya melambung tinggi.

Perancis akan bertemu Maghribi di separuh akhir Rabu ini selepas pasukan Afrika Utara itu menewaskan Portugal 1-0. - REUTERS

Berita Harian X