Ahad, 11 Disember 2022 | 12:59am
Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou menyelamatkan percubaan pemain Portugal, Cristiano Ronaldo ketika aksi suku akhir Piala Dunia di Stadium Al Thumama, Doha. - Foto REUTERS
Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou menyelamatkan percubaan pemain Portugal, Cristiano Ronaldo ketika aksi suku akhir Piala Dunia di Stadium Al Thumama, Doha. - Foto REUTERS

Maghribi ke separuh akhir, singkir Portugal

DOHA: Youssef En-Nesyri meledak gol tunggal dalam kemenangan 1-0 Maghribi ke atas Portugal pada suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Al Thumama sebentar tadi.

En-Nesyri, yang dua kali tandukannya melepasi palang sebelum itu, melompat tinggi mengatasi penjaga gol Portugal, Diogo Costa dan pertahanan, Ruben Dias pada minit ke-42 untuk meletakkan Maghribi di depan.

Penyerang Portugal, Joao Felix mempunyai dua peluang untuk meletakkan pasukannya di depan, tetapi penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou menyelamatkan keadaan pada minit ke-31 dan satu lagi tersasar.

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo kelihatan menangis selepas pasukannya tewas di peringkat suku akhir. Foto AP
Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo kelihatan menangis selepas pasukannya tewas di peringkat suku akhir. Foto AP

Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou melihat rembatan pemain Portugal, Bruno Fernandes terkena palang ketika aksi suku akhir Piala Dunia di Stadium Al Thumama, Doha. - Foto REUTERS
Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou melihat rembatan pemain Portugal, Bruno Fernandes terkena palang ketika aksi suku akhir Piala Dunia di Stadium Al Thumama, Doha. - Foto REUTERS

Pemain Maghribi, Youssef En-Nesyri menjaringkan gol pembukaan Magribi ketika aksi suku akhir Piala Dunia di Stadium Al Thumama, Doha. - Foto REUTERS
Pemain Maghribi, Youssef En-Nesyri menjaringkan gol pembukaan Magribi ketika aksi suku akhir Piala Dunia di Stadium Al Thumama, Doha. - Foto REUTERS

Bruno Fernandes juga mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan sebelum rehat, namun rembatannya dari sebelah kanan padang terkena palang.

Cristiano Ronaldo, yang dimasukkan di awal babak kedua, mempunyai peluang di akhir permainan untuk menjaringkan gol untuk Portugal, namun Bounou sekali lagi pantas menyelamatkan keadaan.

Maghribi akan bertemu pemenang antara Perancis dan England yang akan beraksi selepas ini. - REUTERS

Berita Harian X