Sabtu, 10 Disember 2022 | 6:41am
Pemain Argentina meraikan kejayaan layak ke separuh akhir Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Belanda dalam penentuan penalti di Stadium Lusail, Doha, sebentar tadi. Argentina akan bertemu Croatia - Foto AFP

Pemain Belanda, Luuk de Jong, Frenkie de Jong, Denzel Dumfries, Matthijs de Ligt dan Stefan de Vrij kelihatan sedih selepas tewas kepada Argentina dalam penentuan penalti suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail, Doha. - Foto REUTERS

Pemain Argentina meraikan kejayaan layak ke separuh akhir selepas menumpaskan Belanda. - Foto AP

Pemain Argentina, German Pezzella (kanan) menyekat pergerakan pemain Belanda, Cody Gakpo. - Foto AP

Argentina jumpa Croatia di separuh akhir

DOHA: Argentina menewaskan Belanda menerusi penentuan penalti untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala Dunia, sebentar tadi.

Pada aksi suku akhir yang mencetuskan drama di Stadium Lusail itu, permainan terpaksa diheret ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat masa tambahan.

Pemain gantian Belanda, Wout Weghorst meledak dua gol pada lewat permainan, termasuk gol pada masa kecederaan selepas Argentina mendahului 2-0 menerusi jaringan Nahuel Molina dan penalti Lionel Messi.

Penjaga gol, Emiliano Martinez muncul wira Argentina pada penentuan penalti selepas berjaya menyelamatkan dua sepakan lawan untuk pasukan itu melakar kemenangan 4-3.

Lionel Messi diasak pemain Belanda, Frenkie de Jong pada aksi suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail, Doha, sebentar tadi. Argentina menang menerusi penentuan penalti dan akan bertemu dengan Croatia di separuh akhir. - Foto REUTERS

Kemenangan menyaksikan Argentina akan membuat perhitungan menentang Croatia di peringkat separuh akhir.

Croatia mara selepas menyingkirkan juara lima kali, Brazil menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan dalam satu lagi aksi suku akhir yang berlangsung sebelum itu. - AFP

Berita Harian X