Sabtu, 10 Disember 2022 | 2:13am
Pemain Croatia meraikan kejayaan selepas menewaskan Brazil dalam penentuan penalti pada aksi suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Education City, Doha, sebentar tadi. - Foto REUTERS

Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic meraikan kejayaan bersama rakan pasukannya selepas penalti terakhir oleh pemain Brazil, Marquinhos terkena tiang ketika penentuan penalti pada aksi suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Education City di Al Rayyan, Doha, sebentar tadi. - Foto AP

Croatia singkir Brazil

AL RAYYAN, Qatar: Croatia menyingkirkan Brazil daripada saingan Piala Dunia selepas menewaskan juara lima kali itu 4-2 menerusi penentuan penalti pada aksi suku akhir, sebentar tadi.

Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic menyelamatkan sepakan Rodrygo sebelum sepakan Marquinhos sekadar menggegar tiang gol bagi membolehkan Croatia melangkah ke separuh akhir.

Terdahulu, Neymar berjaya meletakkan Brazil di depan pada lewat separuh masa pertama masa tambahan, tetapi Croatia menyamakan kedudukan menerusi jaringan Bruno Petkovic pada minit ke-117.

Jaringan Neymar dalam perlawanan itu menyaksikan dia menyamai rekod Pele sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 77 gol.

Pemain Belanda, Luuk de Jong, Frenkie de Jong, Denzel Dumfries, Matthijs de Ligt dan Stefan de Vrij kelihatan sedih selepas tewas kepada Argentina dalam penentuan penalti suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail, Doha. - Foto REUTERS

Croatia akan berdepan pemenang perlawanan antara Argentina dengan Netherlands bagi perebutan tiket ke pentas final. - AP

Berita Harian X